KUALA TERENGGANU: Keluarga mekanik yang maut dalam kebakaran sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dekat Kampung Wakaf Beruas, di sini, meminta orang ramai berhenti daripada menyebarkan gambar dan video mangsa serta tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut.
BACA: Mekanik rentung kereta terbakar
Sepupu mangsa, Khairul Muslimin Musa, 40, berkata, insiden yang berlaku dalam tempoh yang singkat itu menjadi tatapan umum sehingga ada pihak yang sanggup menularkan rakaman video dan gambar serta membuat cerita yang bukan-bukan mengenai mangsa.
Katanya, tragedi yang berlaku sekelip mata itu menyebabkan semua yang ada di lokasi kejadian tidak sempat berbuat apa-apa kerana api marak dengan begitu cepat.
"Ada yang mengaitkan kes kematian arwah mempunyai kaitan dengan kejadian bunuh diri. Ini semua cerita tidak benar yang akan mengguris perasaan ahli keluarga.
"Saya rayu pada semua supaya jaga aib arwah.
"Jangan sebarkan gambar atau video yang sensitif serta tidak membuat sebarang spekulasi mengenai punca kejadian kerana ia masih dalam siasatan pihak berkuasa," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, pada Ahad.
Pada Sabtu tular di media sosial seorang mekanik rentung dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza kira-kira jam 7 malam.
Ketika kejadian, mangsa, Mohd Azizi Jaafar, 37 tahun dikatakan mengikuti sebuah ambulans yang membawa bapanya, Jaafar Abdullah, 76, pulang ke rumah di Kampung Wakaf Mempelam.
Ketika itu, mangsa turut membawa bersama empat tangki oksigen untuk kegunaan bapanya di rumah.
Sementara itu, anak saudara mangsa, Mohamad Izzat Hashimi, 26 berkata, arwah bapa saudaranya itu seorang yang bertanggungjawab dan mementingkan keluarga.
"Dia bersungguh mahu bawa bapanya pulang untuk dijaga di rumah. Kami semua tidak menyangka arwah tak sempat tunai hajat untuk jaga bapanya.
"Dia juga sanggup membeli empat tong oksigen kerana bimbang tidak sempat menukar tong baharu jika sudah kehabisan apabila dia sudah mula bekerja," katanya.
Sementara itu, Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu ketika dihubungi pada Ahad memaklumkan punca kebakaran kereta masih dalam siasatan.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Nov 21 2021
Jenazah Mohd Azizi dan bapanya disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Baharu Wakaf Mempelam di Kuala Terengganu pada Ahad. (Gambar kecil dari kiri: Mohamad Izzat dan Khairul Muslimin)
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Keluarga mekanik rentung mohon henti sebar gambar, aibkan mangsa
Dia juga sanggup membeli empat tong oksigen kerana bimbang tidak sempat menukar tong baharu jika sudah kehabisan apabila dia sudah mula bekerja.