awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga penghantar makanan maut dihempap pokok layak didaftar sebagai asnaf - LZS

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
21/04/2021
23:02 MYT
Keluarga penghantar makanan maut dihempap pokok layak didaftar sebagai asnaf - LZS
LZS menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham di kediaman mereka. -Facebook
KUALA LUMPUR : Keluarga penghantar makanan yang maut selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian hujan lebat dan ribut di Taman Len Sen, Cheras 15 April lalu layak didaftarkan sebagai asnaf.
Melalui kenyataan di laman Facebook, Lembaga Zakat Selangor (LZS) memaklumkan bantuan susulan akan disalurkan kepada keluarga Allahyarham Syed Izzat Izzuddin.
"Hasil bancian, keluarga ini layak didaftarkan sebagai asnaf dan bantuan susulan akan disalurkan kepada keluarga arwah.
"Kami doakan agar keluarga arwah tabah menghadapi ujian ini. Moga Allah menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman," kata kenyataan itu.
BACA: Ribut: Penghantar makanan maut dihempap pokok tumbang
BACA: Syed Izzat tempat bergantung cari rezeki - Ibu
LZS sebelum itu melawat dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham di kediaman mereka.
"Malang tidak berbau. Cuaca buruk menjadi asbab seorang penghantar makanan menemui ajal dalam bulan Ramadan yang mulia ini.
"Kami menziarahi keluarga arwah Syed Izzat Izzuddin yang meninggal dunia dihempap pokok ketika dalam perjalanan menghantar makanan.
"Arwah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Sumbangan bantuan turut disampaikan kepada keluarga arwah dan dalam masa yang sama proses bancian juga turut dijalankan," ujar kenyataan lagi.
Sumber Facebook zakatselangor
Topic Berkaitan
#penghantar makanan
#meninggal dunia
#maut
#Cheras
#keluarga
#dibantu
#asnaf
#LZS
#Lembaga Zakat Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan