awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syed Izzat tempat bergantung cari rezeki - Ibu

Bernama
Bernama
16/04/2021
09:04 MYT
Syed Izzat tempat bergantung cari rezeki - Ibu
Ibunya berkata Syed Izzat, yang mati serta-merta di tempat kejadian, adalah seorang anak yang rajin membantu keluarga. - Foto: media sosial
KUALA LUMPUR: Sejak ayahnya tidak boleh bekerja selama dua bulan kerana menjalani pembedahan, dialah yang mengambil alih tempat ayahnya dan mencari rezeki untuk keluarga, kata ibu seorang penghantar makanan yang meninggal dunia selepas dihempap dahan pokok yang tumbang akibat ribut semalam.
Ketika kejadian berlaku, Syed Izzat Izzudin, 20, sedang dalam perjalanan dari Jalan Damai Jasa menghala ke Taman Len Seng, di sini, sebelum dahan itu menghempapnya berhampiran Petronas Alam Damai, Cheras, di sini, semalam.
Ibunya Inang Suhana Abu Bakar, 42, berkata Syed Izzat, yang mati serta-merta di tempat kejadian, adalah seorang anak yang rajin membantu keluarga.
"Saya sekarang ini memang sedih kerana tidak boleh terima kenyataan cara kematian dia. Selama ini, saya menonton di televisyen dan lihat di media sosial (kejadian pokok tumbang) tetapi tidak sangka berlaku kepada anak sendiri,” katanya kepada Bernama hari ini.
BACA: Ribut: Penghantar makanan maut dihempap pokok tumbang
Syed Izzat dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai selepas selesai bedah siasat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Syed Izzat Izzudin
#Pokok tumbang
#tempat bergantung
#rezeki
#ibu
#penghantar makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan