awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan minat belian baharu
Raja Permaisuri Agong kurnia penghargaan kepada 28 pelajar cemerlang bahasa Inggeris
Polis tahan penganggur disyaki pukul, cabul kanak-kanak perempuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga tiga individu ditembak di Durian Tunggal hadir beri keterangan di Bukit Aman

Bernama
Bernama
10/12/2025
06:15 MYT
Keluarga tiga individu ditembak di Durian Tunggal hadir beri keterangan di Bukit Aman
Keluarga tiga individu yang ditembak mati polis di Durian Tunggal Melaka hadir ke Bukit Aman hari ini bagi dirakam kenyataan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Keluarga tiga individu yang ditembak mati polis pada 24 Nov lepas di Durian Tunggal Melaka hadir ke Bukit Aman hari ini bagi dirakam kenyataan.

Ringkasan AI
  • Keluarga tiga individu yang ditembak mati polis di Durian Tunggal Melaka hadir ke Bukit Aman bagi memberi kenyataan dan menyerahkan rakaman audio insiden kepada pasukan penyiasat.
  • Tiga lelaki berusia 24 hingga 29 tahun ditembak mati selepas salah seorang daripada mereka melibas parang ke arah anggota polis, menyebabkan cedera parah pada lengan polis berpangkat koperal.
  • Suspek daripada Geng Durian Tunggal yang terlibat dalam kes jenayah sejak 2024 membabitkan kerugian RM1.35 juta, manakala pihak polis menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat dakwaan ahli keluarga suspek yang tidak berpuas hati dengan tindakan polis.

Keluarga tiga individu dilihat memasuki Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 10:45 pagi.
Peguam Rajesh Nagarajan yang mewakili keluarga itu berkata seorang daripada ahli keluarga turut membawa telefon bimbit yang digunakan merakam audio insiden berkenaan untuk diserahkan kepada pasukan penyiasat khas yang ditubuhkan.
Pada 24 Nov lepas, tiga lelaki berusia 24 hingga 29 tahun ditembak mati selepas seorang daripada mereka didakwa melibas parang ke arah seorang anggota polis di sebuah ladang kelapa sawit di Durian Tunggal.
Kejadian pada 4.30 pagi itu menyebabkan anggota polis berpangkat koperal berusia awal 30-an cedera parah pada lengan kiri.
Kesemua suspek daripada Geng Durian Tunggal itu didakwa dalam perjalanan untuk menyamun sebuah premis dan aktif melakukan jenayah sejak 2024, membabitkan 20 kes di Melaka serta masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Selangor, dengan kerugian RM1.35 juta.
Bagaimanapun pada 3 Dis lepas, ahli keluarga tiga suspek berkenaan menolak dakwaan bahawa mangsa bertindak ganas dengan menyerang pasukan keselamatan.
Susulan itu pada 4 Dis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M Kumar berkata pihaknya menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan ahli keluarga tiga suspek lelaki terbabit yang tidak berpuas hati dengan tindakan polis.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#keluarga individu mati ditembak
#Bukit Aman
#diambil keterangan
#ditembak polis
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan