ALOR SETAR: "Saya amat terkilan gagal menarik keluar adik yang tersepit di tempat duduk pemadu dan hanya mampu menangis melihat dia rentung di depan mata".
Itu luahan M Manivannan, 50, abang kepada M Jayakumar, 48, pemandu bas ekspres yang maut dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Kilometer 75.2 Lebuhraya Utara Selatan arah Gurun, di sini awal pagi Ahad.
Manivannan berkata, ketika itu bas ekspres terbabit dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur membawa empat penumpang ke Hatyai, Thailand.
Katanya, bas itu bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 9.30 malam sebelum singgah di Kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Alor Pongsu.
"Pada mulanya saya yang memandu bas itu sebelum adik saya mengambil alih memandu pada jam 2.30 pagi ketika singgah di Alor Pongsu, Perak.
"Saya kemudian tidur di bahagian belakang bas dan terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat dan nampak kepulan asap.
"Saya berlari untuk menyelamatkan adik tetapi tidak berdaya kerana dia tersepit. Saya kemudian berlari membuka pintu kecemasan di bahagian belakang bas untuk menyelamatkan penumpang yang lain," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.
Menurut Manivannan, dia kemudian cuba membantu adiknya yang tidak sedarkan diri sambil menjerit namanya berkali-kali, namun gagal.
"Saya dah cuba berkali-kali untuk keluarkan adik... saya cuba umpil pintu tapi tak boleh. Api terus marak dan membakar keseluruhan bas," katanya.
Menurutnya, adiknya yang tinggal di Selama, Perak dan mempunyai dua anak berusia 14 dan 17 tahun serta seorang isteri, baru tiga bulan bekerja dengannya sebagai pemandu bas.
"Saya menetap di Padang Serai, Kulim bersama emak. Dia anak kelima dari 11 beradik manakala saya pula anak keempat, jadi hubungan kami sangat rapat.
"Sampai sekarang saya masih teringat kejadian itu kerana adik saya terbakar depan mata," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata ketika kejadian kedua-dua kenderaan itu dipercayai datang dari arah sama menuju ke arah Alor Setar.
"Siasatan awal mendapati bas dipandu mangsa pada mulanya terlanggar bahagian belakang treler berkenaan yang dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun.
"Berikutan itu, bas tersebut terbabas, melanggar besi pembahagi jalan sebelah kiri lalu terbakar. Pemandu bas itu dipercayai tersepit di tempat duduknya menyebabkannya gagal menyelamatkan diri," katanya.
Zaidy berkata, terdapat lima lagi individu dalam bas tersebut termasuk pemandu kedua.
Bagaimanapun kesemua mereka yang berusia antara 19 hingga 57 tahun berjaya menyelamatkan diri dengan keluar melalui pintu kecemasan.
Katanya, ada antara mereka mengalami luka di beberapa bahagian badan termasuk kepala.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Mar 17 2024
Kiri: Bas ekspres yang rentung dalam kemalangan di Gurun. Gambar kanan: Manivannan menunjukkan gambar adiknya yang rentung.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Tayar bas meletup, 26 maut dalam kemalangan di Cote D'ivoire
Sekurang-kurangnya 26 orang maut manakala 28 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di laluan Issia-Daloa, barat Cote d'Ivoire pada petang Jumaat.
Bas ekspres bawa 20 penumpang terbabas, terbalik di Lebuhraya PLUS
Seramai 20 penumpang bas ekspres berdepan detik cemas selepas bas dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di Kilometer 427.1 Lebuhraya Utara Selatan di sini pada Rabu.
19 maut bas bertembung dengan trak
Sekurang-kurangnya 19 orang maut dan enam lagi cedera parah apabila sebuah bas bertembung dengan trak dua treler, lapor Agensi Anadolu yang memetik pihak berkuasa tempatan.
Elak motosikal punca bas SUK Selangor terbabas masuk parit - Polis
Polis mengesahkan kemalangan bas milik Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang terbabas ke dalam parit pada Rabu disebabkan kecuaian daripada penunggang motosikal.
6 parah bas Pejabat SUK Selangor terbabas dalam parit
Enam parah manakala 15 lagi cedera setelah bas dinaiki kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) terbabas ke dalam parit dekat Kampung Kelanang, Taman Dawai Banting.
35 rakyat Pakistan maut dalam kemalangan bas di Iran
Sekurang-kurangnya 35 penumpang maut dan 15 lagi cedera apabila sebuah bas yang dinaiki terbalik di sebuah pusat pemeriksaan di Iran, lapor Agensi Anadolu.
Sekurang-kurangnya 14 maut, 55 cedera nahas bas di Kenya
Sekurang-kurangnya 14 orang maut dan 55 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas di Kenya, lapor Sputnik.
Pemandu bas maut, nahas dengan dua lori
Seorang pemandu bas maut, manakala 11 penumpang kenderaan itu termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) cedera dalam kemalangan di Kilometer 49.4, Lebuhraya Utara Selatan pada awal pagi Khamis.
'Tangguh sementara perjalanan ke Genting Highlands'
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kesesakan teruk lebih satu jam dilaporkan berlaku dari Tol Gombak ke lokasi kejadian.
Kemalangan rombongan guru SK Jeram: Kerajaan Melaka rakam takziah
Kerajaan Melaka merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram yang terbabit dalam kemalangan di Rompin, Pahang awal pagi tadi.