awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan bas pelancong: Pemandu dipercayai mengambil dadah - Polis

Astro Awani
Astro Awani
11/12/2018
00:45 MYT
Kemalangan bas pelancong: Pemandu dipercayai mengambil dadah - Polis
Kakitangan hospital dan orang awam membantu salah seorang mangsa dalam kemalangan melibatkan bas persiaran di Jalan Kelawat, Kota Belud, pada Isnin. Foto ehsan Bomba
Pemandu bas pelancong yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kota Belud-Tuaran (Kampung Kelawat) pada petang Isnin dipercayai berada di bawah pengaruh dadah, menurut polis hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Belud Supt Mohd Zaidi Abdullah dilaporkan berkata, pegawai penyiasat yang pergi ke lokasi kejadian didakwa melihat pemandu berusia 33 tahun itu melemparkan sesuatu ke dalam longkang di kawasan itu.
"Pemeriksaan menemui satu beg kecil yang mengandungi instrumen untuk menyedut dadah syabu dan satu paket kecil lutsinar berisi kristal, dipercayai methamphetamine (syabu).
"Sampel air kencing dan darah pemandu telah diambil untuk tujuan (analisis) kimia/toksikologi," beliau dipetik berkata oleh Bernama.
Dalam kemalangan kira-kira jam 5.39 petang itu, enam daripada 18 penumpang yang sedang dalam perjalanan dari Nexus Karambunai, Sepanggar ke Jeti Tazmahal di Kampung Rampayan Laut, Kota Belud itu, mengalami kecederaan.
Pemandu bas juga dilaporkan cedera ringan.
Semua mangsa dihantar ke Hospital Kota Belud untuk rawatan.
Topic Berkaitan
#bas
#cedera
#Dadah
#kemalangan
#Mohd Zaidi Abdullah
#pelancong
#pemandu
#penumpang
#polis
#Syabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan