KUALA NERUS:Terengganu dijangka mengalami musim kemarau serius antara 2025 dan 2030 akibat fenomena El Nino, dan diikuti banjir yang lebih kerap antara tahun 2030 dan 2035 selaras dengan kemunculan La Nina, menurut kajian.
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (Nahrim) Datuk Ir Dr Nasir Md Noh berkata perubahan iklim yang agak ekstrem ketika itu turut melibatkan negeri-negeri lain, namun Terengganu dijangka mengalaminya dalam tempoh lebih panjang.
Beliau berkata berkata ia merupakan sebahagian daripada hasil kajian ramalan yang dijalankan bersama dengan Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), yang dihasilkan dengan menggunakan kaedah 'big data' yang mampu meramal perubahan iklim antara 90 dan 100 tahun akan datang.
"Ini adalah ramalan hasil laporan penilaian yang dibuat oleh Panel Perubahan Iklim Antara Kerajaan (IPCC). Bagi Nahrim pula, tindakan yang dibuat ialah memaklumkan perkara ini kepada Kementerian (Alam Sekitar dan Air) serta operator bekalan air untuk membuat persediaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini semalam.
MoU itu telah ditandatangani pada 2 Nov lepas secara maya susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang berkuatkuasa ketika itu.
Sementara itu, Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata MoU itu akan merancakkan lagi penyelidikan universiti serta perkongsian kepakaran industri dalam beberapa projek penyelidikan jangka panjang yang berskala besar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 13 2020
Nahrim memaklumkan hasil kajian itu kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air serta operator bekalan air untuk membuat persediaan. - Gambar hiasan
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Cuaca panas: Lebih 500 kebakaran direkodkan dalam tempoh tiga bulan - Bomba Kelantan
Peningkatan lebih 50 peratus itu agak membimbangkan dan dikenal pasti susulan cuaca panas serta kemarau yang melanda kira-kira dua bulan lepas.
Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas
Kawasan tersebut sangat kering, mengakibatkan tanah merekah dan tanaman rosak teruk.
Cuaca panas: Petani di Kelantan pasrah, tiada hasil padi dituai
Antara kawasan tanaman padi yang terjejas teruk ialah Kota Bharu Utara dan Selatan, terutama di sekitar Ketereh yang bergantung sepenuhnya kepada sumber air daripada pam Kemubu.
Penduduk kawasan terjejas kemarau mahu air minuman berbotol dijual di PJR
Ada penduduk terpaksa berbelanja antara RM80 hingga RM100 seminggu bagi membeli air minuman berbotol untuk tujuan masakan dan minuman.
Sungai Golok kering, jalan kaki sahaja ke Thailand
Tinjauan mendapati paras air sungai itu mulai kering sejak dua minggu lalu akibat kemarau sekali gus menyaksikan beting pasir mulai timbul.
Kemarau di Papar: Armizan harap dua loji rawatan air beroperasi semula bulan depan
Cuaca panas dan kemarau telah melanda Papar hampir dua bulan ditambah pula dengan fenomena El-Nino.
Kualiti udara tidak sihat: Penduduk Kimanis ambil langkah berjaga-jaga
Penduduk mengambil langkah berjaga-jaga dengan antaranya memakai pelitup muka demi menjaga kesihatan.
Kemarau: Penduduk Papar mohon bekalan air disalur tiga kali seminggu
Lebih menyulitkan apabila sumber bekalan air graviti dan semulajadi turut kering disebabkan kemarau.