awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemasukan percuma visa 30 hari selari pelan pelancongan Sabah - Hajiji

Bernama
Bernama
27/11/2023
09:25 MYT
Kemasukan percuma visa 30 hari selari pelan pelancongan Sabah - Hajiji
Hajiji berkata, setakat ini Sabah telah pun mencapai 85.6 peratus daripada sasaran itu. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Keputusan kerajaan Persekutuan memberikan kemasukan tanpa visa selama 30 hari ke Malaysia dari China dan India bermula 1 Dis ini, bertepatan dengan sasaran Sabah untuk mencapai 2.2 juta ketibaan pelancong tahun ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, dalam menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, berkata setakat ini Sabah telah pun mencapai 85.6 peratus daripada sasaran itu.
"...apabila keadaan kembali normal untuk industri pelancongan, kerajaan negeri telah melancarkan kempen pemulihan pelancongan untuk menarik pelancong datang semula ke Sabah.
"Setakat ini, Sabah telah mempunyai rangkaian hubungan dengan lapan bandar utama China iaitu Beijing, Shanghai, Shenzen, Guangzhou, Hangzhou, Wuhan, Macau dan Hong Kong dengan 63 penerbangan setiap minggu dan kapasiti tempat duduk sebanyak 11,360," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Anwar berkata kerajaan akan memberikan kemasukan tanpa visa selama 30 hari untuk warganegara China dan India mulai 1 Dis, sebagai sebahagian daripada sambutan 50 tahun kerjasama strategik antara Malaysia dan China tahun depan.
Hajiji berkata rekod dari Januari hingga September tahun ini menunjukkan jumlah ketibaan pelancong dari China ialah 45,801 orang berbanding 2,734 orang bagi tempoh sama tahun lepas.
Bagi ketibaan warga India ke Sabah, terdapat trend peningkatan dengan 4,176 ketibaan hingga September tahun ini, berbanding 2,734 bagi tempoh sama tahun lepas.
Menurut Hajiji, pengenalan dasar kemasukan tanpa visa selama 30 hari untuk pelawat dari dua negara paling ramai penduduk di dunia itu, akan membantu mempercepatkan proses pemulihan sektor pelancongan.
"Kami berharap lebih banyak ketersambungan udara untuk meningkatkan kedatangan pengunjung di Sabah," kata Hajiji.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hajiji Noor
#Visa
#pelancongan
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan