awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian dua beradik dalam kebakaran rumah kedai kerana lemas terhidu asap

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
21/04/2022
09:38 MYT
Kematian dua beradik dalam kebakaran rumah kedai kerana lemas terhidu asap
Pihak bomba berjaya mengeluarkan kedua-dua kanak-kanak yang terperangkap dan pemeriksaan mendapati tiada sebarang kesan kebakaran nyata di tubuh badan mangsa. - Foto JBPM Perak
PARIT: Kematian dua beradik dalam kebakaran sebuah rumah kedai di Seri Iskandar, awal pagi ini disebabkan lemas terhidu asap.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, punca itu diketahui hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Changkat Melintang hari ini.
Menurut beliau, bedah siasat itu dilakukan pakar dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, sekitar pukul 12 tengah hari
Kebakaran yang berlaku pada pukul 5 pagi itu meragut nyawa Muhammad Fahmi Mohd Fazlan Nizam yang berusia tahun dan adiknya, Nor Fahmia Mohd Fazlan Nizam, tujuh bulan.
Rumah kedai tiga tingkat itu mempunyai sebuah restoran tomyam di tingkat bawah, tingkat dua tempat tinggal pekerja kedai makan dan tingkat ketiga kosong.
Kebakaran berlaku di tingkat dua dengan kemusnahan kira-kira 60 peratus.
Terdapat dua bilik di tingkat itu dan dua beradik tersebut dipercayai terperangkap semasa kejadian.
Menurut Barudian, ketika kejadian hanya tinggal dua beradik itu di tingkat dua manakala ibu bapa mereka yang juga pemilik kedai dan pekerja-pekerja lain berada di tingkat bawah sedang bersahur.
Katanya, pihak bomba berjaya mengeluarkan kedua-dua kanak-kanak itu dan pemeriksaan mendapati tiada sebarang kesan kebakaran nyata di tubuh badan mereka.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#dua beradik meninggal dunia
#bersahur
#Seri Iskandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan