Kementerian Air, Tanah, dan Sumber Asli (KATS) akan melakukan siasatan menyeluruh dan terperinci berhubung dakwaan berlaku pencemaran serius di Kampung Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan.
Timbalan Menterinya, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, terdapat laporan yang mendakwa aliran air sungai telah disekat oleh pelombong dan pembalak yang mendapat kebenaran untuk melakukan aktiviti di kawasan terbabit.
“Buat masa ini saya tidak mahu mendahului sebarang siasatan daripada jabatan dan agensi lain tetapi apa yang boleh saya katakan mungkin masalah air tercemar daripada bahan perlombongan di kawasan ini.
“Saya difahamkan pembalak dan pelombong telah menutup aliran sungai dan saya bimbang terdapat kemungkinan sisa perlombongan ini masuk ke dalam sungai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Sabtu.
BACA: Misteri kematian orang asli di Gua Musang
BACA: Bukan penyakit misteri, kematian akibat jangkitan paru-paru - Polis
BACA: Tindakan segera perlu diambil selamatkan orang asli Kuala Koh - Husam
Tengku Zulpuri dijangka melawat kawasan kampung terbabit bagi meninjau keadaan penduduk berkenaan.
“Sebelum saya dilantik sebagai Timbalan Menteri, memang saya dan isteri sering masuk ke dalam kawasan kampung ini sebagai aktivis. Kali ini saya hadir sebagai mewakili kementerian untuk memastikan kegiatan pembalakan dan perlombongan ini mengikut peraturan yang ditetapkan.
“Dari segi penguatkuasaan dan pengeluaran lesen tanah ialah di bawah kuasa kerajaan negeri tetapi lesen operasi adalah di bawah kerajaan Pusat,” jelas beliau.
Menurut beliau, suku kaum Bateq adalah yang paling sedikit dalam komuniti masyarakat orang asli di seluruh negara yang dianggarkan seramai 1,516 orang dan mereka tinggal di sekitar kawasan Taman Negara di Pahang, Perak dan Kelantan.
“Justeru, saya harap sangat semua pihak termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli, Kerajaan Negeri, Jabatan Kesihatan dapat bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin kerana saya sendiri rasa susah hati bimbang ada sesuatu yang tidak kena dalam kejadian ini,” ujarnya.
Sinar Harian
Sun Jun 09 2019

Suku kaum Bateq adalah yang paling sedikit dalam komuniti masyarakat orang asli di seluruh negara yang dianggarkan seramai 1,516 orang. - Foto Sinar Harian

COVID-19: Kes positif hampir 116 juta, kematian lebih 2.5 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 115.9 juta.

Malaysia dipilih terajui kumpulan Metrologi Perundangan Asia Pasifik
Pelantikan baharu ini akan menjadikan Malaysia sebagai negara membangun pertama dan dari rantau ASEAN yang diberi mandat, antara lain, untuk menguruskan sekretariat.

Perkhemahan lima sahabat bertukar tragedi apabila 2 lemas di Sungai Dungun
Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Subree Ahmad Tajuddin, 38, dan Ariff Razali, 34.

Bekalan elektrik di semua pusat simpanan dan pemberian vaksin stabil - TNB
TNB bersama pihak hospital dan klinik kesihatan juga telah memastikan set jana kuasa di pusat-pusat perubatan terlibat berfungsi dan bersedia untuk beroperasi sekiranya diperlukan.

Permulaan yang baik untuk JDT - Mora
Mora optimistik JDT berada pada landasan yang tepat untuk kembali kepada prestasi terbaik mereka, walaupun berhadapan dengan pramusim yang pendek.

KPM fokus jayakan gelombang akhir PPPM - Radzi Jidin
Radzi berkata hal ini selaras dengan keprihatinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap sistem pendidikan negara.

TV Pendidikan diteruskan, sasar pelajar tertentu - Radzi
Keputusan dibuat memandangkan situasi tidak terjangka pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini boleh mempengaruhi sebarang keputusan KPM.

Lebih ramai petugas barisan hadapan dapat vaksin COVID-19 di PKRC MAEPS
PKRC Bersepadu 2.0 MAEPS merupakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang utama di kawasan Lembah Klang.

COVID-19: Singapura lepasi 60,000 kes
Dalam data awal yang dikeluarkan di sini, Kementerian Kesihatan republik itu berkata tiada kes baharu dalam kalangan komuniti tempatan.

Piala Sumbangsih 2021 | JDT pertahan kejuaraan empat tahun berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) muncul pemenang Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2021 selepas menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC, 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam ini.

Enam sekeluarga nyaris rentung dalam kebakaran di Gua Musang
Enam sekeluarga nyaris rentung dan tinggal sehelai sepinggang selepas rumah pusaka yang didiami mereka di Kampung Lembaga, di sini musnah terbakar awal pagi tadi.

Pencemaran Sungai: Kerajaan Kelantan tunggu laporan lengkap JAS
Kerajaan Kelantan akan mendapatkan laporan lengkap daripada JAS berhubung kematian ribuan ikan air tawar di permukaan Sungai Ketil.

Pekebun Orang Asli bimbang tanaman diserang gajah
Kawasan kebun seluas lebih 8 hektar itu kerap diserang gajah sejak seminggu lalu menyebabkan mereka kerugian sehingga puluhan ribu ringgit.

18,720 dos vaksin COVID-19 tiba di Kelantan, MB terima suntikan awal 2 Mac
Seramai 140 individu termasuk Menteri Besar, barisan Exco Kerajaan Negeri Kelantan serta pemimpin negeri bakal menerima suntikan awal vaksin COVID-19 pada 2 Mac depan.

Buka ladang ketum dalam hutan simpan kekal, 3 lelaki ditahan
Susulan penemuan ladang haram itu, Jabatan Perhutanan Kelantan semalam, menahan tiga lelaki berusia antara 25 hingga 33 tahun kerana menceroboh hutan simpan berkenaan.

MCMC pertingkat usaha tangani masalah capaian internet
MCMC terus mempertingkat usaha menangani masalah capaian internet yang dihadapi oleh penduduk di seluruh negara apabila turun padang dan meninjau sendiri situasi sebenar di lokasi-lokasi aduan.

Polis Kelantan bantu Orang Asli di Tanah Tinggi Lojing buat sekatan jalan
Polis Kelantan akan membantu penduduk Orang Asli di kampung Sendrop, Tanah Tinggi Lojing Gua Musang membuat pemeriksaan di jalan masuk ke kampung tersebut.

Tapir jantan hampir setengah tan mati dirempuh kenderaan
Seekor tapir jantan seberat 450 kilogram (kg) mati akibat cedera parah selepas dirempuh kenderaan di tepi Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Felda Chiku 1, Gua Musang, pada Ahad.

Penduduk sepakat kawal jalan masuk kampung, elak penularan COVID-19
Penduduk Orang Asli tersebut bertindak demikian kerana ingin menjaga kampung mereka yang masih dikategorikan sebagai zon hijau.

PdPR: JAKOA rangka perancangan pastikan murid Orang Asli tidak tercicir
JAKOA juga akan memberi sokongan dan bantuan kepada pihak sekolah yang mempunyai inisiatif sendiri untuk memastikan murid-murid Orang Asli dapat mengikuti proses pembelajaran.