MALAYSIA
Kematian Zara Qairina: Hentikan budaya diam, Maszlee desak lima perkara

Maszlee antaranya mendesak agar bilangan kaunselor dan warden asrama sepenuh masa ditambah, selain saluran aduan yang mudah diakses. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, hari ini menggesa kerajaan dan pihak berwajib untuk melaksanakan lima langkah segera bagi mengelakkan insiden kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir berulang di institusi pendidikan negara.
Ringkasan AI
- Gesaan Reformasi Selepas Kematian Zara Qairina: Dr Maszlee Malik menekankan kematian pelajar berusia 13 tahun itu perlu menjadi titik perubahan, dan menyeru agar nyawa murid tidak lagi menjadi statistik.
- Cadangan Lima Langkah Pencegahan Buli: Antara cadangan beliau ialah penambahan kaunselor dan warden sepenuh masa, platform aduan digital berasaskan AI, latihan wajib untuk guru, penilaian prestasi pentadbir berdasarkan penghapusan buli, dan tindakan pantas terhadap aduan.
- Seruan Kerjasama Menamatkan Budaya Diam: Beliau mengajak KPM, ibu bapa, NGO dan masyarakat untuk berganding bahu menamatkan budaya buli dan penderitaan murid di asrama, serta menolak sikap -diam demi nama baik sekolah-.
"Kedua, platform aduan digital berasaskan kecerdasan buatan (AI). Murid boleh membuat aduan secara selamat melalui DELIMA atau aplikasi khusus, dipantau guru kelas dan guru kaunseling.
"AI boleh memberi amaran awal tentang kebarangkalian berlaku insiden buli dan cara mengelakkannya.
"Ketiga, latihan wajib untuk guru dan kakitangan sekolah. Kenal pasti tanda awal buli, penderaan dan tekanan emosi. Konsep “jika nampak atau dengar buli, laporkan segera” mesti menjadi budaya," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Mengulas lanjut, bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam itu juga menggesa Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan semua institusi berasrama menjadikan penghapusan budaya buli sebagai penilaian prestasi tertinggi pentadbir.
Selain itu, katanya, tindakan pantas dan telus terhadap setiap aduan juga amat penting, kerana tiada aduan yang disifatkan sebagai terlalu kecil.
“Buli adalah jenayah, tidak kira di mana ia berlaku dan siapa pun pelakunya,” tegas beliau.
Beliau turut menyeru agar KPM, para pendidik, ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), media dan seluruh masyarakat berganding bahu menamatkan penderitaan yang disifatkan sebagai telah dinormalisasikan dalam sistem pendidikan berasrama.
"Kita sudah terlalu lama menormalisasikan penderitaan murid di asrama. Budaya “diam demi nama baik sekolah” mesti dihentikan sekarang.
"Zara tidak akan kembali. Tetapi kita boleh pastikan tiada anak lain yang menjadi Zara berikutnya," katanya.
Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai lepas.
Pelajar itu dibawa ke hospital berkenaan selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 4 pagi, 16 Julai lepas.
Semalam, proses penggalian semula kubur Allahyarham Zara Qairina dilakukan sebagai usaha melengkapkan siasatan berhubung kematiannya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami