MALAYSIA
Kematian Zara Qairina: KPM jamin siasatan telus, adil - Fadhlina

Fadhlina berkata semua pihak perlu memberi ruang kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung kes itu. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan bahawa siasatan berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir dijalankan secara telus dan adil.
Ringkasan AI
- KPM memberi jaminan siasatan kematian pelajar Zara Qairina dijalankan secara telus dan adil, dengan kerjasama penuh daripada PDRM.
- Tindakan susulan akan diambil selepas siasatan selesai, berasaskan undang-undang sedia ada tanpa kompromi terhadap kebajikan warga KPM.
- KPM dan KKM sedang melaksanakan intervensi krisis termasuk sokongan psikologi dan emosi kepada keluarga serta warga sekolah terlibat.
Beliau berkata selepas siasatan dilaksanakan, KPM akan melaksanakan tindakan susulan berasaskan undang-undang sedia ada.
"Kita tidak pernah pandang ringan mana-mana kes, apapun yang melibatkan kebajikan dan kesejahteraan warga KPM dan apabila kita berhadapan dengan kes ini, saya minta laluan untuk diberikan siasatan yang telus dan terbuka," katanya.
Fadhlina berkata ketika ini beberapa intervensi krisis, antaranya sokongan psikologi dan emosi kepada warga sekolah dan keluarga sedang dilaksana.
"Ini peranan yang melibatkan kesejahteraan sekolah juga. Jadi kita mendapat pertolongan penuh daripada rakan kita Kementerian Kesihatan Malaysia yang memberikan tumpuan untuk psiko emosi keluarga dan juga warga sekolah.
Zara Qairina, 13, dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama pada awal pagi 17 Julai lepas di Papar, Sabah.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami