KUALA TERENGGANU: Pengendali Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain menganggap kejayaan menundukkan KL City FC dalam aksi Liga Super malam tadi sebagai permulaan baik selepas hampir dua bulan tanpa perlawanan kompetitif.
Malah jurulatih muda berusia 44 tahun itu turut menyifatkan kejayaan itu sebagai pencetus momentum positif untuk anak buahnya terus bangkit mencipta kemenangan dalam siri perlawanan akan datang.
"Setiap perlawanan Liga Super amat mencabar dan bukannya satu tugas mudah untuk menang.
"Jadi saya amat berpuas hati kerana pemain telah berjaya menghadiahkan tiga mata kepada penonton setia skuad Penyu," katanya ketika ditemui selepas perlawanan aksi Liga Super antara TFC dengan KL City FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi.
Pada perlawanan tersebut, TFC berjaya menundukkan skuad bimbingan Bojan Hodak 2-0 hasil jaringan Habib Haroon dan Manuel Ott masing-masing pada minit ke-74 dan 80.
Dengan kemenangan itu, TFC melonjak ke kedudukan keenam dari tangga ke-11 Liga Super dengan sembilan mata.
Sementara itu, Hodak berkata meskipun anak buahnya berjaya mencipta beberapa peluang mendapatkan gol, namun masih gagal diterjemahkan ke bentuk jaringan disebabkan ketumpulan penyerang.
"Terengganu mempunyai ramai pemain berkualiti. Mereka berbahaya. Kita berjaya menyekat pergerakan Sherman (Kpah Sherman) dan Tchetche (Kipre Tchetche), namun pemain yang tidak dijangka pula menjaringkan gol," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 19 2022
NAFUZI: Saya amat berpuas hati kerana pemain telah berjaya menghadiahkan tiga mata kepada penonton setia skuad Penyu. - gambar fail BERNAMA
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian – Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
AWANI Ringkas: Empat individu mengaku bersalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
Polis terima laporan kes gaduh libat anak bekas Exco Pulau Pinang
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai pergaduhan melibatkan beberapa individu di sebuah kafe di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada 13 Mei lalu.
Konsert Dato' M.N45ir Cipta bakal gegar Axiata Arena 10 Ogos
Maestro muzik tersohor, Datuk M Nasir akan tampil dengan Konsert Dato' M.N45ir Cipta yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos depan.
Lebih 569 tan bantuan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza - AS
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas.
Isu samun: Terengganu pandang serius kejadian melanda Akhyar Rashid
Akhyar Rashid mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan kaki, namun beliau dilaporkan berada di dalam keadaan stabil.
Steinbruckner nafi dapat khidmat Ponstonjski untuk TFC
Pengendali skuad Terengganu FC (TFC) Tomislav Steinbruckner menafikan desas-desus bakal mendapat khidmat pemain Croatia, Igor Ponstonjski.
Ke mana destinasi Rahadiazli?
Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner, sejak musim lalu lagi menuntut pemain kebangsaan itu agar mencari cabaran baru.
TFC pinjamkan dua pemain ke pasukan lain
Dua pemain Terengganu FC (TFC) akan dipinjamkan ke pasukan lain sebagai langkah penjimatan kelab musim ini.
Penghijrahan ke TFC keputusan sendiri - Akhyar Rashid
Bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Akhyar Rashid mengakui penghijrahannya ke skuad Penyu musim ini, atas pilihannya sendiri.
Wajah baharu TFC 'skuad idaman' Steinbruckner
Pengendali Terengganu FC (TFC) Tomislav Steinbruckner menyifatkan pasukan yang dibentuk bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) tahun ini merupakan skuad idaman.
Safawi Rasid tidak lagi panaskan bangku simpanan?
Semoga magis sebagai 'dead ball speacialist" mampu dilakukan Safawi apabila bersama Skuad Penyu.
Safawi, Akhyar barakan Terengganu FC
Safawi Rasid dan Akhyar Rashid secara rasmi diumumkan sebagai pemain Terengganu FC (TFC).
Akram Mahinan sah milik TFC
Bukan lagi khabar angin, bekas pemain tengah Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Akram Mahinan kini sah menjadi milik Terengganu FC (TFC).
Ivan Mamut kekal bersama TFC - CEO TFCSB
Penyerang import utama Terengganu FC (TFC), Ivan Mamut kekal bersama skuad itu bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.