awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Luar pastikan keselamatan pelajar Malaysia susulan rusuhan di Bangladesh

Bernama
Bernama
20/07/2024
15:11 MYT
Kementerian Luar pastikan keselamatan pelajar Malaysia susulan rusuhan di Bangladesh
Bangladesh menguatkuasakan perintah berkurung di seluruh negara pada Sabtu sebagai tindak balas terhadap peningkatan keganasan dan demonstrasi. - Reuters
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar memantau dengan teliti situasi mencabar di Bangladesh dengan insiden rusuhan yang meluas telah menimbulkan kebimbangan keselamatan dalam kalangan pelajar Malaysia dan keluarga mereka di Dhaka dan Mymensingh.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu Kementerian Luar memaklumkan bahawa ia telah mengarahkan semua langkah yang perlu untuk memastikan keselamatan pelajar Malaysia di Bangladesh.
Ini termasuk memindahkan pelajar ke Suruhanjaya Tinggi dan Kediaman Rasmi di mana persiapan sedang dilakukan untuk menyediakan keperluan mereka.
Kementerian itu berkata Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka sedang giat menyelaraskan usaha itu walaupun menghadapi cabaran besar seperti gangguan komunikasi akibat gangguan Internet.
Ia menyatakan bahawa Suruhanjaya Tinggi komited untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia di Bangladesh dan bergantung kepada komunikasi SMS untuk mengekalkan ketersambungan.
"Seperti yang disampaikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh, perintah berkurung telah dilaksanakan setakat tengah malam berikutan keadaan keselamatan yang tidak stabil.
"Namun, Suruhanjaya Tinggi terus memantau kebajikan pelajar yang terjejas. Pada masa ini, Suruhanjaya Tinggi merancang untuk pergi ke Mymensingh untuk menyediakan bekalan makanan kepada pelajar yang tidak dapat membelinya," menurut kenyataan itu.
Menurut Kementerian Luar, seorang pelajar Malaysia dari Universiti Pertanian Bangladesh telah berjaya dibantu untuk menaiki penerbangan dan dijangka tiba di Malaysia hari ini.
Kenyataan itu menyatakan bahawa Suruhanjaya Tinggi menggesa semua pelajar Malaysia yang memerlukan bantuan untuk terus berhubung dan bekerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi sambil menambah bahawa keselamatan rakyat Malaysia di luar negara adalah keutamaan tertinggi dan setiap tindakan sedang diambil untuk membantu warganya.
Kementerian Luar berkata ia akan terus memantau situasi dengan teliti dan menyediakan maklumat terkini jika perlu.
Sementara itu, ribuan pelajar di Bangladesh mengadakan demonstrasi sejak 1 Julai selepas mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan awam yang telah dimansuhkan pada 2018.
Agensi Berita Jerman (dpa) melaporkan bahawa kerajaan telah mengenakan perintah berkurung di seluruh negara dan mengerahkan tentera selepas pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis semasa protes pelajar, menurut pengumuman tentera pada Sabtu.
Menteri Dalam Negeri Asaduzzaman Khan berkata tentera akan ditempatkan di ibu negara Dhaka dan daerah lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keselamatan
#pelajar malaysia
#Bangladesh
#rusuhan
#protes jalanan
#Kementerian Luar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan