awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian terus pantau produk susu rumusan bayi di pasaran tempatan

Bernama
Bernama
21/08/2018
20:49 MYT
Kementerian terus pantau produk susu rumusan bayi di pasaran tempatan
Susu rumusan bayi jenama Dumex Mamil Gold-Step 1 buatan Malaysia yang dilaporkan ditarik balik dari pasaran Singapura tidak dijual dalam pasaran Malaysia. -Gambar fail
Kementerian Kesihatan menjelaskan bahawa susu rumusan bayi jenama Dumex Mamil Gold-Step 1 buatan Malaysia yang dilaporkan ditarik balik dari pasaran Singapura tidak dijual dalam pasaran Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata produk susu formula bayi berkenaan dihasilkan hanya untuk pasaran eksport di Singapura.
"Produk susu rumusan bayi yang terlibat mempunyai berat bersih 850g setiap tin, nombor batch 09117R1 dan tarikh luput pada 11 Sept 2019.
"Bakteria Cronobacter sakazakii terdapat secara meluas di persekitaran yang boleh hidup dalam keadaan kering seperti susu formula bayi biarpun jangkitan Cronobacter jarang berlaku namun menyebabkan meningitis atau sepsis yang boleh membawa maut kepada bayi baru lahir," katanya.
Simptom yang terdapat pada bayi adalah seperti demam, tiada selera makan atau kelesuan.
BACA: Susu formula buatan Malaysia dikesan tercemar di Singapura
BACA: Susu dikesan tercemar, tidak masuk pasaran Malaysia
Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna dan akan terus meningkatkan pemantauan ke atas produk susu rumusan bayi di pasaran tempatan bagi memastikan pematuhan ke atas Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Hasil pemantauan kementerian itu dari 2015 sehingga kini, sebanyak 129 sampel telah diambil dan didapati tiada bakteria Cronobacter sakazakii dikesan dalam produk susu rumusan bayi.
"Di bawah subseksyen 13(1) Akta Makanan 1983, mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan," katanya.
Sebarang kemusykilan orang ramai berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi mana-mana pejabat kesihatan daerah atau jabatan kesihatan negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#09117R1
#Bakteria Cronobacter sakazakii
#Dumex Mamil Gold-Step 1
#Kementerian Kesihatan
#Noor Hisham Abdullah
#pasaran eksport
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan