BANGI: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) meneruskan kempen "Jom Beli Produk Hijau" pada tahun ini dalam usaha menggalakkan pembelian produk hijau dalam kalangan masyarakat.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kempen itu yang diadakan selama empat bulan bermula September tahun lepas mencatatkan perkembangan positif.
Kempen berkenaan telah mencatatkan jualan lebih RM250,000 dengan 3,000 barangan atau produk terjual melibatkan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).
"Ini satu usaha positif sebab kerajaan ada dasar perolehan hijau... kami teruskan (kempen ini) tahun ini dan akan maklumkan tentang butiran program beli barangan hijau," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah kempen "Jom Beli Produk Hijau" di sini, semalam.
Kempen yang dianjurkan pada tahun lepas itu adalah usaha bersama antara Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) dan e-pasaran terkemuka, Shopee Malaysia, dengan memanfaatkan landskap digital untuk menjangkau khalayak yang lebih luas.
Kempen itu akan menampilkan produk hijau yang diperakui di bawah skim pengiktirafan tanda MyHIJAU dan label disahkan hijau lain termasuk barangan isi rumah seperti detergen, cat, produk pembungkusan, peralatan dapur dan kertas.
Nik Nazmi berkata NRES akan mengadakan pelbagai aktiviti dan libat urus bagi menggalakkan lebih ramai pihak menggunakan produk hijau di negara ini.
"Kerajaan juga ada dasar perolehan hijau yang akan ditambah baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 22 2024
Nik Nazmi ketika Sesi 'Fireside Chat' pada Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Beli Produk Hijau di MGTC, Bangi, 22 Feb 2024. --fotoBERNAMA
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
PAC cadang NRES pinda Akta Pembangunan Mineral, kenakan tindakan perlombongan haram
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) meminda Akta Pembangunan Mineral 1994 (Akta 525).
Usaha rakyatkan isu alam sekitar perlu dilaksanakan pelbagai pihak - Nik Nazmi
Ruang perbincangan mengenai isu alam sekitar haruslah dilaksanakan pelbagai pihak tanpa mengira fahaman, kepakaran dan agama.
Dakwaan negara bakal kehilangan 3.2 juta hektar hutan semula jadi diteliti - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan meneliti laporan sebuah badan pemerhati alam sekitar yang mendakwa negara berisiko kehilangan kira-kira 3.2 juta hektar hutan semula jadi.
NRES tekad kukuh agenda pemuliharaan biodiversiti
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bertekad untuk mengukuhkan agenda pemuliharaan biodiversiti di negara ini.
Malaysia perlu peruntukan sehingga RM90 bilion biayai projek tenaga kritikal 10 tahun akan datang
Malaysia memerlukan peruntukan sebanyak RM60 bilion hingga RM90 bilion untuk membiayai projek kritikal melibatkan peralihan tenaga dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Amalkan budaya kelestarian alam sekitar semasa menyambut Aidilfitri
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menyeru orang ramai untuk mengamalkan budaya kelestarian alam sekitar ketika menyambut Aidilfitri.
NRES terus kerjasama dengan kerajaan negeri bendung aktiviti perlombongan haram
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam membendung aktiviti perlombongan haram.
Kempen 'Jom Beli Produk Hijau' diteruskan tahun ini - Nik Nazmi
Nik Nazmi berkata, kempen Jom Beli Produk Hijau selama empat bulan bermula September tahun lepas mencatatkan perkembangan positif.
Pelaksanaan projek NRES kurangkan insiden kebakaran hutan paya gambut
Nik Nazmi berkata aktiviti pencegahan kebakaran tanah gambut dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat juga dijalankan di bawah projek SMPEM.
Karbon sifar bersih: Kerajaan sedang siapkan dokumen LT-LEDS - Nik Nazmi
Kerajaan sedang menyiapkan dokumen strategi jangka panjang pembangunan rendah karbon (LT-LEDS) bagi memastikan sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 dapat dicapai.