awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemuka bukti jika ada penyalahgunaan wang royalti untuk parti - Dr Ahmad Samsuri

Bernama
Bernama
29/12/2018
21:32 MYT
Kemuka bukti jika ada penyalahgunaan wang royalti untuk parti - Dr Ahmad Samsuri
AHMAD SAMSURI: Kita ada sistem audit untuk semua penerimaan dan perbelanjaan, tidak timbul isu ia digunakan untuk parti politik. - Gambar fail
Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menggesa mana-mana pihak yang mendakwa berlaku penyalahgunaan wang royalti di Terengganu agar tampil mengemukakan bukti mengenainya.
Tegasnya, beliau tidak mahu ada 'cakap-cakap belakang' kononnya kerajaan Pas Terengganu menyalahguna wang royalti untuk kegunaan parti.
Beliau berkata setakat ini kerajaan negeri hanya menggunakannya untuk kebajikan rakyat sahaja dan memberi jaminan tidak akan berlaku penyalahgunaan royalti untuk parti.
"Kita minta pihak yang menyebut perkara sedemikian, mengemukakan bukti. Kalau semua bercakap ikut sedap mulut tanpa beri apa-apa bukti, maka punah-ranahlah sistem yang ada dalam negara kita.
"Kalau pihak yang rasa ada sesuatu (penyalahgunaan wang royalti), dia kena beri bukti.. dari situ kita boleh tengok (kebenaran)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pusaka Terengganu kali ke-17 di sini pada Sabtu.
Baru-baru ini, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu, Senator Datuk Razali Idris menyuarakan kebimbangan mengenai pengurusan wang royalti Terengganu dan menegaskan pihaknya tidak akan teragak-agak mendesak kerajaan pusat menggunakan kaedah penyaluran lain sekiranya berlaku penyelewengan.
Ia susulan terdapat permintaan daripada perwakilan Pas (ketika Muktamar Tahunan Pas di Kuala Nerus) yang berharap royalti minyak dan gas Terengganu dapat digunakan untuk memperkukuhkan Pas di negeri lain.
Bagaimanapun, Ahmad Samsuri sudah menegaskan wang royalti Terengganu hanya eksklusif untuk rakyat negeri itu, malah kerajaan negeri juga menggunakan sistem audit yang sangat telus untuk melihat penerimaan dan perbelanjaan wang yang dapat mengelak risiko berlakunya penyalahgunaan royalti.
"Kita mempunyai sistem audit untuk semua penerimaan dan perbelanjaan. Jadi tidak timbul bahawa ia digunakan untuk parti politik. Jadi saya kembalikan persoalan ini kepada mereka yang mendakwa ia disalah guna. Pada saya ia (dakwaan salah guna) adalah tidak benar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Samsuri Mokhtar
#kebajikan rakyat
#kerajaan pusat
#Menteri Besar
#minyak
#minyak dan gas
#Muktamar Tahunan PAS
#parti
#parti politik
#PAS
#Pas Terengganu
#penyelewengan
#rakyat
#Razali Idris
#sistem audit
#terengganu
#wang royalti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan