awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemuncak hujan meteor Eta Aquarids dijangka berlaku tengah malam ini - MYSA

Bernama
Bernama
05/05/2025
11:15 MYT
Kemuncak hujan meteor Eta Aquarids dijangka berlaku tengah malam ini - MYSA
Kemuncak fenomena hujan meteor Eta Aquarids dijangka berlaku pada tengah malam 6 Mei sehingga sebelum matahari terbit dengan purata 50 meteor per jam. - Foto REUTERS
PUTRAJAYA: Kemuncak fenomena hujan meteor Eta Aquarids dijangka berlaku pada tengah malam 6 Mei sehingga sebelum matahari terbit dengan purata 50 meteor per jam.
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dalam hantaran di laman Facebook memaklumkan, fenomena hujan meteor Eta Aquarids boleh dilihat sejak 19 April lepas hingga 28 Mei ini.
"Kenampakan hujan meteor itu adalah baik selepas bulan (fasa sukuan akhir) terbenam pada 2.29 pagi (6 Mei)," menurut hantaran itu hari ini.
MYSA memaklumkan antara perkara yang boleh dilaksana untuk mencerap hujan Eta Aquarids adalah dengan melakukan pencerapan di kawasan yang lapang dan tiada halangan seperti bangunan tinggi, pokok atau rumah.
"Cuba dapatkan pemandangan langit yang luas. Jauhi persekitaran yang bercahaya dan kawasan lebih gelap adalah yang terbaik," menurut MYSA.
Hujan meteor Eta Aquarids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Aquarius, tetapi kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah.
Hujan meteor ini dinamakan sempena bintang paling terang dalam buruj Aquarius, iaitu Eta Aquarii dan fenomena ini berlaku setiap tahun apabila bumi beredar mengelilingi matahari merentasi laluan orbit komet 1P/Halley atau dikenali sebagai Komet Halley.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemuncak hujan meteor
#Eta Aquarids
#tengah malam
#MYSA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan