PUTRAJAYA: Kenaikan harga komponen makanan ternakan di pasaran antarabangsa boleh mempengaruhi kenaikan harga ayam standard di pasaran tempatan ketika ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee.
Bercakap kepada media selepas majlis pengumuman agihan dividen Dana Peladang Kebangsaan di sini hari ini, Ronald berkata harga komponen makanan bagi menghasilkan makanan ayam akan meningkat selari dengan kenaikan harga di pasaran dunia.
"Antaranya dedak, komponen makanan haiwan seperti jagung, kacang soya dan sebagainya bergantung kepada harga pasaran import luar negara.
"Kita tertakluk kepada itu (harga import) sebab itu harga makanan haiwan tertakluk kepada harga komponen makanan haiwan yang diimport," katanya mengulas laporan kenaikan harga ayam standard di pasaran tempatan yang mencecah RM10 sekilogram (kg) sejak minggu lalu.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam kenyataan semalam menyatakan pemantauan dan pemeriksaan di peringkat makanan ayam (dedak), mendapati berlaku peningkatan terhadap kos bagi bahan-bahan utama makanan ayam iaitu jagung, soya dan minyak sawit mentah yang merupakan antara bahan utama bagi pengeluaran makanan ternakan tersebut.
Dua bahan tersebut iaitu jagung dan soya merupakan item yang diimport 100 peratus daripada negara luar.
Ronald berkata kepentingan semua pihak perlu diambil kira dalam menangani isu kenaikan harga ayam di pasaran, dan perlu ada keseimbangan antara kos pengeluaran produk makanan dan harga akhir kepada pengguna.
"Jika dikatakan ada kenaikan harga produk makanan tertentu, kita kena kaji apa faktor-faktor dengan kenaikan sama ada disebabkan oleh logistik, makanan ayam seperti komponen makanan atau faktor perolehan anak ayam dan sebagainya, semua ini perlu dikaji," katanya.
KPDNHEP melaporkan 'Price Alert Harian' pada Isnin lepas mendapati harga ayam standard peringkat nasional meningkat daripada RM8.39 sekilogram kepada RM8.47 sekilogram, peningkatan sebanyak 0.94 peratus atau lapan sen sekilogram.
Berdasarkan pemantauan KPDNHEP di Semenanjung, terdapat 19 premis yang menjual ayam standard pada harga melebihi RM10 sekilogram.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 10 2021
Ronald berkata harga komponen makanan bagi menghasilkan makanan ayam akan meningkat selari dengan kenaikan harga di pasaran dunia. - Gambar fail
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
Sindiket beli ganja 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket itu membuat pesanan ganja yang diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Ringgit ditutup rendah susulan indeks dolar AS kukuh
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7765/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunaikan umrah
Kerajaan Arab Sudi terus komited untuk mempermudahkan urusan umrah sekaligus dapat menggalakkan lebih ramau umat Islam mengerjakannya.
Justeru itu, proses adaptasi teknologi terkini diperlukan bagi membolehkan pengurusan di lapangan mahupun di peringkat pembuatan dasar dapat dijalankan dengan cekap.
Hilal Azmi berkongsi rangkuman hari kedua Forum Umrah dan Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah .
#ForumUmrahZiarah2024
Justeru itu, proses adaptasi teknologi terkini diperlukan bagi membolehkan pengurusan di lapangan mahupun di peringkat pembuatan dasar dapat dijalankan dengan cekap.
Hilal Azmi berkongsi rangkuman hari kedua Forum Umrah dan Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah .
#ForumUmrahZiarah2024
Kempen ‘We Care For Society’ diteruskan untuk tahun kelima
Sepanjang Ramadan Hada Labo meneruskan kempen amal “We Care For Society” untuk tahun kelima menyumbang kepada golongan yang memerlukan di Malaysia.
Kerajaan Perpaduan tidak pernah tahan wartawan, tutup media - Fahmi
Menurut Fahmi, sehingga kini mana-mana wartawan masih boleh menulis laporan termasuk memberikan kritikan terhadap kerajaan.
Pengebumian jenazah Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal
Umavathi Ramayah membawakan perkembangan terkini pengebumian Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur.
Sindiket beli ganja hampir 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket yang aktif sejak dua tahun lalu itu dikesan membuat pesanan ganja berharga antara RM800 hingga RM1,000, dan ia diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.