BAYAN BARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengesan kenaikan harga sayuran sehingga seratus peratus pada minggu kelima November.
Pengarahnya, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, antara sayuran yang dikesan mengalami kenaikan adalah kacang buncis, kailan, sawi dan terung bulat .
Bagaimanapun kenaikan tersebut dijangka bersifat sementara .
Jelasnya, kenaikan dipengaruhi beberapa faktor antaranya faktor iklim, masalah banjir di Cameron Highlands, dan peningkatan kos bahan pertanian.
"Berdasarkan julatnya, kita perhati ada beberapa kenaikan sehingga paling tinggi 100 peratus, ini minggu ke minggu mungkin harga akan berubah, bergantung kepada bekalan," katanya.
Mohd Ridzuan berkata, bagaimanapun, terdapat juga harga sayuran mengalami penurunan harga antaranya adalah tomato (43 peratus), brokoli (27.7 peratus) dan limau kasturi (31.5 peratus).
Mohd Ridzuan berkata demikian pada sidang media selepas melakukan walkabout di Pasar Awam Bayan Baru dan Pasaraya Sunshine, di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, KPDNHEP Pulau Pinang juga kata Mohd Ridzuan sudah melakukan libat urus bersama Kementerian Pertanian bagi mengenalpasti punca sebenar kenaikan harga sayuran di negeri ini.
Sementara itu, Mohd Ridzuan berkata, KPDNHEP turut melaksanakan Ops Menu bermula 6 November sehingga 31 Disember depan bagi menangani isu manipulasi harga oleh pengusaha restoran dan kedai makan.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Dec 01 2021
Mohd Ridzuan berkata, antara sayuran yang dikesan mengalami kenaikan adalah sayur kacang buncis, kailan, sayur sawi dan terung bulat. - Foto Astro AWANI
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Kerajaan pastikan harga sayur 'popular' munasabah menjelang Deepavali - Armizan
Armizan berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi mengelakkan potensi kenaikan harga barangan itu.
KPDN belum terima laporan harga sayur susulan banjir - Salahuddin
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) belum menerima sebarang laporan mengenai kenaikan harga sayur-sayuran susulan kemungkinan bekalan terjejas akibat banjir.
Harga sayur di Melaka meningkat 10 hingga 20 peratus
KPDN Melaka mengesahkan berlaku kenaikan harga sayur antara 10 hingga 20 peratus di negeri itu ekoran hujan.
Sayur di P.Pinang lebih murah ketika Ramadan berbanding Mac, Februari
KPDNHEP Pulau Pinang menafikan beberapa harga sayur meningkat ketika Ramadan ini seperti didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
FAMA jangka harga sayur-sayuran stabil satu hingga dua bulan lagi
Harga sayur-sayuran dijangka stabil dalam tempoh satu hingga dua bulan lagi berikutan pelbagai usaha yang dijalankan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Harga barangan keperluan harian dijangka stabil menjelang Januari
KPDNHEP menjangkakan harga barangan keperluan harian, akan kembali stabil sepenuhnya menjelang bulan Januari depan.
MAFI jamin harga barang keperluan asas kembali pulih dalam tempoh terdekat
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memberi jaminan harga barangan keperluan asas akan kembali pulih dalam tempoh satu atau dua minggu lagi.
Kenaikan harga bekalan dipercayai berpunca daripada orang tengah - Exco Melaka
Kenaikan harga bekalan makanan seperti sayur-sayuran dan ayam di Melaka dipercayai berpunca daripada orang tengah yang membekalkan barangan berkenaan kepada peniaga pada harga tinggi.
Kenaikan harga sayur sehingga 100 peratus, namun dijangka bersifat sementara - KPDNHEP P. Pinang
KPDNHEP Pulau Pinang mengesan kenaikan harga sayuran sehingga seratus peratus pada minggu kelima November.
Harga sayur naik 200 peratus tidak berlaku - KPDNHEP
Hasil siasatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati harga sayur dikatakan meningkat hingga 200 peratus tidak berlaku.