PUTRAJAYA: Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah terkawal demi memastikan aliran wang ke dalam ekonomi Malaysia adalah pada tahap yang optimum.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata kerajaan harus menghormati budi bicara Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menentukan polisi kewangan yang terbaik dengan situasi ekonomi negara.
"Sudah tentu kerajaan dengan BNM bekerjasama dan ada kesefahaman. Cuma kita juga berhati-hati untuk menghormati (budi bicara) dan perlu ada timbang tara dari segi penetapan kadar OPR atau kesan sebenarnya untuk mengawal aliran wang ke dalam ekonomi," katanya kepada media di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Ekonomi, di sini.
Rafizi juga menyatakan bahawa tindakan menaikkan kadar OPR ini adalah tindakan awal sebagai persediaan untuk berdepan dengan kemungkinan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah dalam masa terdekat.
"Kerana ia bukan soal inflasi semata-mata, ia juga soal kemasukan wang ke negara ini. Jurang kadar OPR kita dengan Amerika Syarikat dan negera serantau masih besar iaitu antara 2 peratus.
"Jadi kalau Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah mereka dalam masa terdekat, jika tidak ditangani dengan baik, itu akan menyebabkan dana atau portfolio pelaburan keluar dari Malaysia ke negara-negara lain," katanya lagi.
Rafizi mengingatkan bahawa ekonomi global ketika ini sudah beralih kepada ketetapan seperti sebelum pandemik. Oleh itu, sekiranya OPR tidak dinaikkan, ia berisiko menyebabkan pelaburan tidak masuk ke Malaysia.
Seterusnya ia juga boleh menyebabkan mata wang negara terus melemah. Natijah yang lebih parah, katanya, ialah situasi tersebut boleh melonjakkan harga barangan keperluan rakyat.
Irfan Faruqi
Mon May 08 2023
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ketika ditemui pengamal media pada Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Ekonomi di Menara Prisma hari ini. - foto BERNAMA
Columbia University batalkan konvokesyen berikutan demonstrasi pro-Palestin yang berterusan
Pihak universiti berkata ia -akan meninggalkan majlis konvokesyen utama pada 15 Mei- dan sebaliknya menganjurkan beberapa siri kecil majlis.
Pihak berkuasa Palestin minta AS campur tangan halang Israel serang Rafah
Tentera Israel keluarkan arahan kepada warga Palestin di kawasan kejiranan timur Rafah supaya segera berpindah dan bergerak ke selatan Gaza.
Peluang trio pecut wanita ke Olimpik masih samar - PKBM
Peluang trio pecut wanita negara yang berada di kedudukan pertama senarai menunggu untuk beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih samar.
Kaji semula tanah pertanian di Malaysia bagi tingkatkan sektor makanan - Pakar ekonomi
Mohd Afzanizam berkata, pertanian vertikal membantu meminimumkan penggunaan tanah dan membolehkan penanaman dengan lebih mampan.
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 di Pulau Pinang dijangka terima 200,000 pengunjung
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 akan berlangsung di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang dari 13 hingga 22 Mei ini.
UPNM akan tawar latihan berkaitan bidang rel buat veteran, bakal pesara tentera
Veteran dan bakal pesara tentera akan berpeluang menyambung kerjaya dalam bidang rel melibatkan sektor komunikasi dan keselamatan.
Malaysia berupaya sertai pasaran koko global - Johari
Johari berkata Malaysia adalah di antara pemain koko utama dunia terutamanya di peringkat pertengahan dan hiliran.
Karnival TEKUN Madani sempena Pesta Kaamatan di Kuala Penyu
Pada karnival itu juga, KUSKOP akan melancarkan projek Tamu Desa bagi Sabah untuk tahun 2023.
Pendekatan berhemah, waspada perlu dalam kes babitkan wartawan Bloomberg - Johan Jaaffar
Tan Sri Johan Jaaffar menggesa pihak polis untuk mengambil pendekatan berhemah, penuh waspada dan penuh pemahaman dalam mengendalikan kes membabitkan seorang wartawan Bloomberg, Ram Anand.
Filipina, AS tembak 'tentera penceroboh' dalam latihan di Laut China Selatan
Tentera Amerika Syarikat dan Filipina melepaskan tembakan peluru berpandu dan artileri ke arah pasukan 'tentera penceroboh' dalam latihan perang di pantai utara Filipina pada Isnin.
Malaysia mungkin perlu import lebih banyak gas jika tidak alih kepada tenaga mampan - Rafizi
Malaysia mungkin berdepan keperluan mengimport lebih banyak gas bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik pada tahun-tahun akan datang.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
KL20 2024: Malaysia berusaha tarik masuk ‘unicorn’ - Rafizi
Kemasukan syarikat 'unicorn' ke dalam negara mampu mencipta pekerjaan yang berkemahiran dan bernilai tinggi.
Persediaan dua tahun lebih awal, PKR pastikan Anwar kekal sebagai PM
Bagi tujuan itu, dua kerangka baharu dilancarkan iaitu kerangka pemerkasaan organisasi parti (POP25) dan kerangka kerja kemas 16 (KEMAS16).
'Bila boss?' - Sian See tuntut janji Rafizi
Pempengaruh media sosial, Lim Sian See memberi peringatan kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung jemputan untuk muncul dalam program podcast 'berjudul, ang Bakar Menteri'.
Kerajaan tetap kurangkan pengurangan subsidi petrol - Laporan
Subsidi petrol akan dikurangkan tahun ini dalam usaha menurunkan defisit fiskal negara, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
PADU: Pelbagai kaedah boleh diguna untuk bangun sistem teknologi maklumat - Pakar industri
Pembangunan sistem teknologi maklumat (IT) seperti Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) boleh melibatkan penggunaan pelbagai kaedah yang seterusnya akan membawa kepada pencapaian objektif yang sama.
Sidang KL20 April ini pacu Malaysia sebagai hab pemula niaga, modal teroka - Rafizi
Rafizi berkata, ini juga sejajar dengan kedudukan Kuala Lumpur ketika ini yang berada dalam kelompok 47 teratas global.
Parlimen: Lebih 2 juta cubaan akses PADU sehari berjaya dipatahkan - Rafizi
Rafizi menegaskan cubaan berkenaan yang dikesan dari luar negara berjaya dipatahkan dan masih gagal ditembusi, setakat ini.
PADU mahu bantu kumpulan pertengahan capai kemajuan ekonomi lebih pantas - Ketua Perangkawan
Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang diperkenalkan bukan semata-mata tertumpu kepada memastikan subsidi diberikan kepada kumpulan berpendapatan rendah.