Keputusan pasangan suami isteri yang menjadi tunggak Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bertanding melawan satu sama lain untuk jawatan presiden parti itu mencetuskan rasa hairan di kalangan pemerhati dan aktivis politik termasuk ahli dan penyokong parti itu sendiri.
Mereka meluahkan kehairanan itu melalui Twitter tidak lama selepas tempoh pencalonan ditutup pada pukul 5 petang Sabtu.
Mesej itu berbaur sindiran antara lain menyifatkan langkah itu sebagai "jenaka" manakala PKR sebagai parti "keluarga dan anak-beranak".
Ada juga yang merasa kurang selesa kerana terpaksa mempertahankan tindakan Anwar dan Wan Azizah itu.
Hal Anwar lawan isterinya untuk jawatan No. 1 dalam PKR itu juga menjadi bahan jenaka di Twitter sekurang-kurangnya oleh sebuah akaun parodi berita.
Anwar menyerahkan borang pencalonannya melalui Timbalan Bendahari Agung parti, Low Chee Chong lebih kurang pukul 11 pagi Sabtu. Pencalonan Anwar dicadang oleh bekas Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali dan disokong oleh Chee Chong sendiri.
Wan Azizah yang sebelum ini mengumumkan kesediaan untuk berundur kemudian menjelaskan melalui satu kenyataan tindakan beliau mempertahankan jawatan yang dipegangnya sejak parti itu ditubuhkan pada 1999, ketika itu dengan nama Parti Keadilan Nasional.
"Keputusan ini dibuat demi menjaga kepentingan dan masa depan parti sekiranya dalam masa terdekat ini sebelum pencalonan dimuktamadkan saudara Anwar tidak dapat meneruskan pencalonan beliau," katanya dalam kenyataan itu.
Anwar sedang dalam proses merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang baru-baru ini yang mensabitkan tuduhan liwat dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun.
Mengikut Akta Persatuan 1966, seseorang tidak boleh memegang jawatan dalam sebuah persatuan berdaftar sekiranya sabit apa-apa kesalahan dan didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun.
Bagaimanapun, ada juga yang mempersoalkan apa perlunya Anwar bertanding sekiranya beliau berhadapan dengan kes mahkamah yang mungkin menjejaskan kedudukannya nanti.
Dalam pada itu, Malaysiakini melaporkan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali terpaksa mengetepikan pelan asalnya untuk bertanding jawatan Presiden selepas Anwar mengemukakan pencalonan untuk jawatan itu.
Azmin dilaporkan tidak setuju Wan Azizah untuk terus kekal jadi presiden dan sedia mencabarnya tetapi pada masa sama, sedia akur sekiranya Anwar maju untuk ke jawatan itu.
Azmin mengemukakan pencalonan untuk mempertahankan jawatannya 10 minit sebelum tempoh pencalonan ditutup. Beliau akan dicabar oleh lima calon termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Dua lagi calon yang menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden ialah Datuk K. Ramachandran dan Murali Subramaniam.
Pemilihan parti itu akan berlangsung selama tiga minggu antara 25 April hingga 11 Mei ini.
Astro Awani
Sat Mar 29 2014
Wan Azizah dan Anwar Ibrahim sejurus pengumuman kemenangan Wan Azizah di PRK DUN Kajang pada Ahad - Gambar Fail
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.