SEBILANGAN kecil kes cacar monyet kini dikesan di United Kingdom (UK), Portugal dan Sepanyol, termasuk kes yang disyaki.
Ia menimbulkan kebimbangan kerana penyakit itu selalunya berlaku di Afrika Barat dan Tengah dan jarang sekali merebak ke tempat lain.
Ini apa yang diketahui saintis setakat ini:
1) Cacar monyet adalah virus yang menyebabkan gejala demam dan ruam. Ia biasanya membabitkan gejala ringan.
2) Terdapat dua strain utama, iaitu strain Congo dengan kadar kematian sehingga 10 peratus dan strain Afrika Selatan dengan kadar kematian 1 peratus.
3) Kes di United Kingdom dilaporkan sebagai strain Afrika Barat.
Menurut Pakar Kesihatan Awam London School of Hygiene and Tropical Medicine, Jimmy Whitworth, dari segi sejarah, terdapat sangat sedikit kes yang dieksport dan ia berlaku hanya lapan kali sebelum tahun ini.
Justeru, peningkatan kes cacar monyet di Eropah yang berlaku tahun ini 'sangat luar biasa'.
Portugal telah mengesan lima kes yang disahkan manakala Sepanyol mempunyai 23 kes yang disyaki.
Kedua-dua negara berkenaan sebelum ini tidak pernah melaporkan kes cacar monyet.
PENULARAN
Virus ini merebak melalui kontak rapat, sama ada daripada perumah haiwan, atau yang lebih jarang, antara manusia.
Ia pertama kali ditemukan pada monyet sekitar 1958, menghasilkan nama 'Cacar Monyet', walaupun kini tikus dilihat sebagai sumber utama penularan.
Penularan di UK membingungkan pakar dan saintis kerana sembilan kes setakat 18 Mei tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.
Hanya kes pertama yang dilaporkan pada 6 Mei telah pergi ke Nigeria baru-baru ini.
Oleh itu, pakar memberi amaran tentang penularan yang lebih luas jika kes tidak dilaporkan.
Amaran Agensi Keselamatan Kesihatan UK juga menekankan bahawa kes baru-baru ini kebanyakannya di kalangan lelaki yang mengakui diri sebagai gay, biseksual atau terlibat dalam hubungan sejenis, dan menasihatkan kumpulan tersebut untuk berwaspada.
Para saintis kini akan menyusun urutan virus itu untuk melihat sama ada terdapat hubungkait antara satu sama lain, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) minggu ini.
KENAPA SEKARANG?
Satu kemungkinan senario yang menjadi penyumbang di sebalik peningkatan kes ialah pertambahan perjalanan selepas sekatan COVID ditarik balik.
Whitworth menjelaskan teori beliau. Katanya, memandangkan perjalanan antarabangsa kini dibenarkan semula, ia menyebabkan kebanyakan kes di Afrika Barat dan Tengah menular ke negara lain.
Cacar monyet meletakkan ahli virologi dalam keadaan berjaga-jaga kerana ia adalah dalam keluarga cacar, walaupun ia menyebabkan sakit yang kurang serius.
Cacar telah dihapuskan melalui vaksinasi pada 1980, dan suntikan telah dihentikan secara berperingkat.
Tetapi, oleh kerana vaksinasi juga melindungi daripada cacar monyet, penghentian kempen itu telah membawa kepada lonjakan kes, menurut Anne Rimoin, seorang profesor epidemiologi di University of California, Los Angeles (UCLA).
Bagaimanapun, pakar menggesa orang ramai supaya tidak panik.
"Ini tidak akan menyebabkan wabak di seluruh negara seperti dalam kes COVID, tetapi ia adalah wabak serius yang membawa penyakit serius, jadi kita harus menanganinya dengan serius," kata Whitworth.
Agensi
Thu May 19 2022
Imej mikroskop elektron ini menunjukkan virion cacar monyet yang matang, berbentuk bujur (kiri) dan yang tidak matang, berbentuk sfera (kanan) yang diperoleh daripada sampel kulit manusia yang dikaitkan dengan wabak itu pada 2003. (Foto AP)
Kemenangan ke atas Bukit Tambun kembalikan keyakinan KDA FC
Kemenangan ke atas Bukit Tambun FC dalam saingan Piala FA malam tadi dilihat mampu mengembalikan keyakinan pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bagi menghadapi perlawanan seterusnya.
Kes demam denggi menurun, tiada kematian direkod minggu lalu
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 2,508 kes pada Minggu Epidemiologi ke-23 (ME23) iaitu bagi tempoh 2 hingga 8 Jun lepas berbanding 2,522 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Jenazah pendaki maut di gunung Alaska tiba di tanah air
Jenazah pendaki Malaysia Allahyarham Zulkifli Yusuf, 37, yang meninggal dunia semasa menyertai ekspedisi pendakian di Gunung Denali, Alaska, Amerika utara, selamat tiba di tanah air pagi ini.
Keyakinan tinggi kunci utama kejayaan Penang FC - Ketua Jurulatih
Faktor keyakinan itu diperoleh hasil kerja keras pemain yang menjalani latihan tanpa jemu sehingga mampu melakar kejayaan.
AWANI Ringkas: Penubuhan Jawatankuasa Dekarbonisasi Kebangsaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Euro 2024: Sami Khedira pilih Mbappe menang kasut emas
Bekas pemain tengah Real Madrid, Sami Khedira pilih kapten Perancis untuk memenangi Kasut Emas di Euro 2024 yang sedang berlangsung di Jerman.
Milennia Village... syurga persaraan bercirikan kelestarian, gaya hidup aktif
Fasiliti moden disuntik elemen 'zen' ala resort dibina khusus buat mereka di usia emas dan sebagai kesediaan negara berdepan status 'menua.'
Apple Store bakal buka kedai pertama di Malaysia di The Exchange TRX pada 22 Jun
Kedai Apple Store di The Exchange akan menjadi yang keenam di Asia Tenggara dengan tiga lagi di Singapura dan dua di Thailand.
Ganesan, 'mekanik' kereta api teruskan legasi keluarga
Ganesan merupakan generasi keempat dalam keluarganya yang bekerja dalam bidang berkaitan kereta api.
[INFOGRAFIK] Carta Aliran Mengerjakan Haji
Berikut adalah info berkenaan dengan Carta Aliran Mengerjakan Ibadah Haji.
Kes cacar monyet di Britain lepasi angka 500
Angka jangkitan cacar monyet atau monkeypox di Britain melebihi 500 kes pada Rabu, lapor Xinhua, berdasarkan angka rasmi terkini.
Kes cacar monyet di Sepanyol terkait aktiviti sauna golongan gay
Jabatan Kesihatan Awam akan menjalankan analisis terperinci untuk mengawal penularan dan memutuskan rantaian jangkitan.
Kenapa kes cacar monyet meningkat di Eropah?
Ia menimbulkan kebimbangan kerana penyakit itu selalunya berlaku di Afrika Barat dan Tengah dan jarang sekali merebak ke tempat lain.
Drama gay: Kami mangsa kerakusan produksi tidak bertanggungjawab! - Danish Iskandar
Malah jelasnya adegan-adegan yang terkait dengan perwatakan sejenis itu sebenarnya tidak wujud dalam skrip asal lakonan dan pihak produksi telah meminta untuk ditambah ketika penggambaran berlangsung.
Cadangan pinda undang-undang syariah berkaitan LGBT perlu dibuat secara berhemah - Zulkifli
Isu mengenai cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 haruslah ditangani secara berhemah.
Hukuman lebih berat terhadap LGBT sedang dipinda - Ahmad Marzuk
Setakat hari ini hukuman yang ada menggunakan enakmen sedia ada.
KDN warta perintah larangan terhadap dua buku
Penerbitan ini dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan dan kepentingan awam.
Cari titik persefahaman, kerajaan sedia bertemu golongan LGBT, NGO - Zulkifli
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia bagi membincangkan dan mencari titik persefahaman dengan golongan itu.
Bunkface tak benci golongan LGBT, tapi lirik video Akhir Zaman dipadamkan YouTube!
Lirik video lagu Akhir Zaman yang telah dimuatnaik di YouTube sejak 26 Februari lalu mencetuskan sensasi apabila didakwa mempromosikan kebencian terhadap golongan LGBT.
Hanya kerana 1 dolar, lelaki maut bergelut dengan perompak
Perompak mengambil wang tunai satu dolar Amerika sebelum melarikan diri.