NATIONAL
'Kenapa pembangkang diam bila ringgit mengukuh?’ – PM Anwar

Tindakan pembangkang yang berdiam diri dengan situasi ringgit yang mengukuh menimbulkan persoalan tentang peranan semak dan imbang mereka. - Foto Bernama
PUCHONG: Tindakan pembangkang yang berdiam diri dengan situasi ringgit yang mengukuh dilihat seperti menimbulkan persoalan tentang peranan semak dan imbang mereka terhadap kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
- Kritikan Pembangkang: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa pembangkang berdiam diri apabila ringgit mengukuh, tetapi sering mengkritik kerajaan apabila ringgit lemah berbanding dolar Amerika.
- Keputusan The Fed: Anwar memandang positif keputusan Rizab Persekutuan (The Fed) Amerika Syarikat untuk memotong 50 mata asas kadar faedah, yang membantu mengukuhkan ringgit.
- Pengukuhan Ringgit: Anwar menekankan bahawa keputusan The Fed memberi laluan kepada penguatan ringgit, dan beliau bersyukur atas peningkatan ini walaupun pembangkang tidak mengakui usaha kerajaan.
“Itu keputusan dia (The Fed), tapi kadang-kadang keputusan itu ada kesan (kepada ekonomi negara), tetapi kalau setakat mereka potong (mata asas kadar faedah), itu memberikan laluan kepada penguatan ringgit yang mula berjalan, Alhamdulillah menjadi lebih baik.
“Walaupun kadang-kadang rakan (pembangkang) kita di sana tak nampak, bila nampak ringgit melemah dia hentam dan caci kita berterusan, bila menguat (hanya berdiam diri) … kita kata Alhamdulillah. Jadi cukup setakat ini,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Masjid Darussalam, Puchong pada Jumaat, apabila ditanya tentang kesan tindakan The Fed itu kepada ekonomi negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami