KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan melaksanakan penguatkuasaan larangan pemanduan ke atas kenderaan barangan (road-ban) bersempena sambutan Aidilfitri.
MOT dalam kenyataan semalam memaklumkan larangan itu akan dikuatkuasakan pada 20 dan 21 April ini (sebelum perayaan) serta pada 24 dan 25 April ini (selepas perayaan) mengambil kira peningkatan trafik yang ketara khususnya bagi kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman melibatkan jalan persekutuan.
Menurut kenyataan itu larangan berkenaan bertujuan mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian.
"Perintah penurunan had laju kebangsaan juga akan dikuatkuasakan bersama-sama 'road-ban' ini. Menurut Perintah Had Laju Kebangsaan bertarikh 13 April 2023 dan Perintah Had Laju Tempatan (Jalan Persekutuan) (Larangan Masa Tertentu) , had laju kenderaan motor diturunkan kepada 80 kilometer (km) sejam di seluruh Malaysia," menurut kenyataan itu.
Selain itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan yang ketat di seluruh negara untuk memastikan pemandu mematuhi peraturan yang ditetapkan demi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.
MOT memaklumkan larangan itu melibatkan lori pembawa dan lori jongket yang berat dengan muatannya melebihi 7.5 tan, lori pengangkut rendah, treler tiang, treler pelantar, lori balak, jentera berat beroda, trak tunda dan traktor (kecuali jentera berat beroda, trak tunda dan traktor yang digunakan bagi maksud operasi kecemasan dan menyelamat).
Dalam pada itu, masa larangan sepanjang masa turut dikenakan kepada lori yang berat dengan muatannya melebihi 7.5 tan yang mengangkut simen, besi, keluli, batu, pasir, tanah, amang, bijih timah, arang batu atau bahan binaan atau bahan galian yang lain.
"Road-ban dari 12 tengah malam hingga 8 pagi pula dikenakan kepada lori kontena yang mengangkut barangan (kecuali lori kontena yang mengangkut barangan dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan perindustrian di dalam negeri yang sama dan sebaliknya).
"Masa larangan itu turut dikenakan kepada lori kargo yang mengangkut barangan elektronik atau elektrik atau bahan industri kimia dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan perindustrian di dalam negeri yang sama dan sebaliknya," menurut kenyataan itu.
Lori kargo tanpa muatan serta lori yang mengangkut tandan buah kelapa sawit segar, produk kelapa sawit mentah, getah sekerap dan susu getah turut sama dikenakan masa larangan tersebut.
Tempoh larangan dari 6 petang hingga 6 pagi dalam jarak 25 km dari tapak pembinaan tertakluk kepada had masa operasi yang dibenarkan di atas jalan tertentu pula dikenakan ke atas kren bergerak dan lori pembancuh simen.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 14 2023
Larangan ke atas kenderaan barangan dikenakan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian. - Gambar hiasan/BERNAMA
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya pada 20, 21, 24 dan 25 April
Larangan itu akan dikuatkuasakan pada 20 dan 21 April serta pada 24 dan 25 April, mengambil kira peningkatan trafik yang ketara.
Tahun Baharu Cina: Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya pada 20, 21, 24, 25 Jan
Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan penguatkuasaan larangan pemanduan ke atas kenderaan barangan (road-ban) sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
MOT benarkan pandu kenderaan barangan 'decontrolled' guna lesen memandu kelas D
Ka Siong berharap kebenaran khas itu membantu memulih serta merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.
Tiada larangan kenderaan barangan di jalan raya semasa perayaan Tahun Baru Cina
Kementerian Pengangkutan tidak akan melaksanakan perintah larangan kepada kenderaan barangan daripada beroperasi di jalan raya dalam tempoh perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini.
Kabinet setuju bike-hailing dikawal selia, proses rintis bermula Januari
Perkhidmatan tersebut akan dikawal melalui kaedah atau peraturan pelesenan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.