awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenderaan peniaga dengan pas khas sahaja dibenar masuk Pasar Borong Selayang

Bernama
Bernama
25/04/2020
05:29 MYT
Kenderaan peniaga dengan pas khas sahaja dibenar masuk Pasar Borong Selayang
Pasar Borong Kuala Lumpur yang ditutup sejak Selasa lepas dibenarkan kembali beroperasi semalam selepas kawasan itu selesai menjalani proses sanitasi selama tiga hari berturut-turut. - Foto BERNAMA
Selepas tiga hari menjalani proses sanitasi, Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang kembali rancak beroperasi semalam dengan menerima kehadiran peniaga dan pembeli.
Tinjauan Bernama hari ini mendapati hanya kenderaan peniaga seperti lori, van dan pacuan empat roda yang dimiliki mereka sahaja dibenarkan melepasi sekatan polis sebelum boleh memasuki premis berkenaan.
Kebenaran membawa kenderaan memasuki premis hanya diberikan kepada peniaga yang mempunyai pas khas daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selain surat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi memperakui syarikat perniagaan mereka.
Berdasarkan tinjauan sejak pagi tadi sehingga kini, kelihatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan pemeriksaan ketat ke atas peniaga dan pembeli sebelum boleh dibenarkan memasuki premis itu.
Petugas media juga tidak dibenarkan masuk kecuali di luar perkarangan pasar borong sahaja bagi mendapatkan bahan liputan terkini.
Selain itu, turut kelihatan petugas kesihatan yang ditempatkan di pintu masuk pasar borong berkenaan bagi melakukan pemeriksaan suhu terhadap sesiapa yang memasuki premis berkenaan.
BACA: Pasar Borong KL mula operasi hari ini dengan kawalan ketat
Semalam, Pasar Borong Kuala Lumpur yang sebelum ini ditutup sejak Selasa lepas dibenarkan kembali beroperasi selepas kawasan itu selesai menjalani proses sanitasi selama tiga hari berturut-turut.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini berkata proses sanitasi di pasar borong berkenaan dijalankan berikutan ramai pekerja di pasar borong itu tinggal di dalam kawasan yang kini dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DBKL
#kenderan peniaga
#keselamatan
#kesihatan
#Pas Khas
#Pasar Borong Kuala Lumpur
#PDRM
#pemeriksaan ketat
#peniaga
#PKPD
#polis
#sanitasi
#Selayang
#tentera
#tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan