NATIONAL
Kenderaan rasmi pejabat Ahli Parlimen Sri Gading dirosakkan

Kenderaan rasmi milik Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Gading dilaporkan dirosakkan oleh individu tidak dikenali, pagi semalam. -Sinar Harian
BATU PAHAT: Sebuah kenderaan rasmi milik Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Gading dilaporkan dirosakkan oleh individu tidak dikenali, pagi semalam.
Ringkasan AI
- Kenderaan rasmi Ahli Parlimen Sri Gading dirosakkan oleh suspek yang menaiki motosikal.
- Suspek berusia 37 tahun ditahan dan didapati positif dadah jenis Methamphetamine.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat dan Seksyen 15(1)(e) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Pihak kami kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Yong Peng dan difahamkan polis telah membuat tangkapan.
"Saya berharap insiden seperti ini tidak berlaku lagi terutamanya kepada pimpinan politik dan menyeru semua pihak dapat berpolitik dengan matang dan jika terdapat masalah perlu berbincang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata satu tangkapan telah dibuat pada hari sama sekitar 3 petang di sebuah rumah di Tongkang Pechah, dekat sini.
"Suspek berusia 37 tahun telah ditahan dan polis turut merampas kenderaan, pakaian dan peralatan yang digunakan semasa perbuatan itu.
"Suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat dan Seksyen 15(1)(e) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Shahrulanuar berkata suspek kini direman empat hari bermula hari ini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami