awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perolehan projek Tentera Darat: SPRM sita enam akaun bank, geledah beberapa syarikat
SPRM rakam keterangan bekas menteri disyaki terima rasuah RM5 juta, Lamborghini
Pahang kembali dilanda banjir, Johor catat peningkatan mangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenderaan terbabas dan terbalik, pekerja warga India maut

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
19/10/2020
09:46 MYT
Kenderaan terbabas dan terbalik, pekerja warga India maut
Kenderaan yang dinaiki mangsa dalam perjalanan pulang dari menjalankan kerja-kerja pembinaan pencawang serta pemasangan kabel elektrik di kawasan hutan simpan Lumadan. - Foto: PDRM
KOTA KINABALU:Seorang lelaki warganegara India maut dalam kemalangan melibatkan kenderaan pacuan empat roda di kawasan Hutan Simpan Lumadan, Beaufort.
Menurut Ketua Polis Daerah, DSP Azmir Abd Razak, kejadian berlaku sekitar jam 1.15 petang Ahad apabila kenderaan yang dinaiki mangsa dalam perjalanan pulang dari menjalankan kerja-kerja pembinaan pencawang serta pemasangan kabel elektrik di kawasan hutan simpan tersebut.
"Ketika kejadian terdapat lapan individu menaiki kenderaan terbabit.
"Kenderaan yang dipandu pekerja syarikat terbabit dipercayai hilang kawalan lalu mengundur ke belakang sebelum terbabas ke kanan jalan dan terbalik.
"Akibat daripada kejadian ini salah seorang daripada tujuh penumpang yang berada di bahagian trak belakang dikenali Kusan Anumanthan Kumar, 46, warganegara India telah tersepit dan mengalami kecederaan parah di bahagian leher dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan," katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Isnin.
Menurut Azmir siasatan awal mendapati pemandu pacuan empat roda terbabit tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol.
Hasil siasatan awal terbabit turut mendapati punca kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu yang gagal mengawal pergerakan kenderaan dengan baik sehingga menyebabkan kemalangan dan siasatan lanjut masih diteruskan.
"Kita dapati tiada unsur-unsur khianat atau jenayah terkesan dalam kemalangan ini namun begitu siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#warga india
#kemalangan
#Beaufort
#Sabah
#kemalangan maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan