awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenduri durian: Artis bergelar Datuk beri keterangan kepada polis

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
27/06/2021
09:56 MYT
Kenduri durian: Artis bergelar Datuk beri keterangan kepada polis
Polis menjalankan siasatan selepas gambar majlis tersebut menjadi tular. - Gambar/ Media sosial
TAPAH: Seorang selebriti lelaki terkenal bergelar Datuk hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di sini, hari ini, untuk memberi keterangan berhubung siasatan dipercayai terbabit dalam majlis sosial di sebuah ladang dekat Kampung Poh, Bidor.
Artis berusia 62 tahun itu tiba di pekarangan IPD Tapah kira-kira jam 1.30 tengah hari sebelum masuk ke pejabat Jabatan Siasatan Jenayah.
Polis menjalankan siasatan selepas gambar majlis tersebut yang antara lain memaparkan mereka menghadiri jamuan termasuk memakan durian selain berkaraoke ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 menjadi tular, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, selain artis itu, seorang pelakon dan penyanyi lelaki era-80 turut dipanggil memberi keterangan, jam 12 tengah hari tadi.
Menurutnya, artis lelaki berusia 67 tahun itu dipercayai turut hadir pada majlis berkenaan.
BACA: Kenduri durian: Polis akan panggil artis bergelar Datuk
Selain kedua-dua selebriti itu, kita juga telah memanggil enam individu lain termasuk penganjur untuk diambil keterangan.
“Kesemua mereka (enam individu lain) hadir untuk siasatan pada jam 9.30 malam tadi,” katanya di sini hari ini.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan, seorang artis terkenal bergelar Datuk dan beberapa individu akan dipanggil bagi membantu siasatan dakwaan melanggar SOP PKP 3.0 dalam satu majlis sosial di sebuah ladang dekat Kampung Poh, Bidor baru-baru ini.
Siasatan itu dijalankan susulan penularan gambar majlis tersebut di laman sosial yang dikesan petang Jumaat.
Topic Berkaitan
#artis
#kenduri durian
#Datuk
#Bidor
#PKP
#ingkar PKP
#ambil keterangan
#penyanyi
#pelakon
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan