SHAH ALAM:Kes positif COVID-19 harian yang tinggi di Selangor sejak kebelakangan ini disebabkan beberapa faktor antaranya kepadatan penduduk terutamanya di kawasan bandar, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Amirudin berkata jumlah kes positif COVID-19 harian yang tinggi itu pastinya menjadikan rakyat Selangor agak gusar serta sangat bimbang apabila ia mencecah sehingga empat angka dan masih belum turun ke dua angka sejak sebulan lepas.
Disebabkan itu katanya, seluruh penduduk di Selangor harus kekal berdisiplin dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan iaitu dengan memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal serta kerap mencuci tangan menggunakan sabun atau cecair pensanitasi.
"Apa yang dilakukan kerajaan negeri adalah memperbanyakkan ujian saringan terhadap masyarakat serta komuniti. Lebih 19,000 ujian telah dilaksanakan sejak jangkitan COVID-19 bermula (di Malaysia) dan kos ditanggung sepenuhnya oleh pentadbiran ini.
"Kami sasarkan 50,000 lagi ujian saringan akan dijalankan untuk membantu (Kementerian Kesihatan) mengenal pasti kes positif di Selangor," katanya menerusi satu video dimuat naik di laman Facebooknya.
Jelas beliau, menerusi ujian saringan itu juga, kerajaan negeri berupaya membantu mengasingkan individu positif COVID-19 daripada menjangkiti orang lain selain menggalakkan mereka menjalani kuarantin kendiri.
Amirudin berkata keadaan semasa jangkitan COVID-19 di Selangor adalah masih terkawal dan kerajaan negeri bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di sembilan daerah di negeri ini untuk memberi maklum balas serta nasihat kepada individu positif.
"Menerusi anak syarikat kerajaan negeri iaitu Selgate Corporation dan SelCare, kami akan menambah perkhidmatan di CAC untuk memberi maklum balas lain kepada masyarakat supaya mereka tahu ia (penularan COVID-19) masih boleh dikawal menerusi aktiviti harian sendiri khususnya melalui program kuarantin kendiri," katanya.
Justeru katanya, dengan usaha dan ikhtiar dilakukan kerajaan negeri termasuk penyediaan bantuan untuk rakyat menerusi 'Pakej Kita Selangor', ia diharap akan mampu meringankan tugas semua pihak termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 27 2021

AMIRUDIN: Kami sasarkan 50,000 lagi ujian saringan akan dijalankan untuk membantu Kementerian Kesihatan mengenal pasti kes positif di Selangor. - Gambar fail

Niaga AWANI: Prestasi Bitcoin dan komen Gates, Yellen

Niaga AWANI: Analisis kesan imunisasi kepada Bursa, Ringgit

Beza tandatangan digital dengan elektronik dalam menentusahkan identiti penandatangan dokumen
Operasi dan transaksi perniagaan semestinya perlu diteruskan demi menjaga kelangsungan perniagaan yang telah diusahakan sekian lama.

AWANI Pagi: Lawan helah fahaman anti-vaksin di dunia digital
Bagaimana untuk melawan fahaman anti-vaksin di dunia digital? Nak tahu? Kita bersama Penganalisis Politik & Media Sosial, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM, Prof Madya Dr Sara Chinnasamy untuk perkembangan lanjut.

Ismail Sabri, pegawai tertinggi ATM terima suntikan vaksin COVID-19
Beliau menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan sekitar pukul 9.30 pagi oleh vaksinator Koperal Siti Maliah Sheikh Alwi.

Kerajaan Arab Saudi belum wajibkan vaksin COVID-19 ke atas jemaah umrah
Ketika ini, Arab Saudi hanya mewajibkan suntikan Meningococcal Meningitis kepada jemaah selain pelaksanaan SOP yang ditetapkan.

AWANI Ringkas: EU disaran wujud sijil digital vaksin seragam

COVID-19: Satu juta telah daftar terima vaksin di MySejahtera - Khairy
Khairy menyeru kepada orang ramai untuk bersama-sama mengakhiri wabak ini dengan mendaftarkan diri untuk pengambilan vaksin COVID-19.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [26 Februari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [26 Februari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892597/9449734071614300202360_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [26 Februari 2021]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Geegee Ahmad dan juga Hakim Rahman dalam #AWANIpagi 25 Februari 2021.

Azizulhasni cuba teknik berbeza Ahad ini
Di sebalik jangkaan ramai bahawa pelumba kelahiran Terengganu itu akan meneruskan momentumnya, Azizulhasni menganggap reputasi hanyalah sandaran di atas kertas sahaja.

MB Selangor, Timb Menteri Kesihatan disuntik vaksin COVID-19 hari ini
Ia sekali gus menandakan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat negeri Selangor.

Kerajaan perlu 'mengepalai' projek mega kembangkan semula ekonomi negara- Amirudin
Kerajaan perlu mengetuai pemulihan ekosistem negara dan pelaksanaan projek-projek mega dalam sektor yang mampu mengembangkan semula ekonomi Malaysia.

COVID-19: Selangor laksana saringan komuniti percuma di Shah Alam esok
Ujian saringan bersasar itu dilaksanakan dari jam 9 pagi hingga 4 petang bermula Rabu.

Selangor sasar empat daerah untuk bangunkan pusat kuarantin transit
Menteri Besar Datuk Amirudin Shari berkata fasilitili itu akan bertindak sebagai sokongan kepada individu disahkan positif COVID-19, atau yang sedang menunggu keputusan ujian saringan.

Permohonan skim NaDI dan Go Digital kini dibuka, bantu penjaja kecil
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM15 juta diperuntukkan bagi skim NaDI dan Go Digital itu.

Anda sedar mengenai Clubhouse, mungkin bakal menjadi trend baharu di Malaysia?
Ia seperti perbualan gaya podcast kecuali pengguna dapat berinteraksi secara real time dengannya dan mempunyai komunikasi dua hala.

Selangor berhasrat wujud pusat kuarantin komuniti kekang penularan COVID-19
Kerajaan Negeri Selangor bercadang mewujudkan pusat kuarantin di peringkat komuniti sebagai antara usaha untuk menangani penularan kes COVID-19 yang semakin meningkat di negeri itu.

PM masih tidak jelaskan mengapa perlu gantung Parlimen, DUN - Anwar
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim merujuk kepada penjelasan Perdana Menteri mengenai keperluan pelaksanaan Ordinan Darurat hari ini.

Hutan Simpan Kuala Langat Utara: Gabungan PHSKLU mungkin ambil tindakan undang-undang
Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Suresh Kumar Balasubramaniam berkata gabungan PHSKLU telah mengadakan perbincangan dengan peguam mereka berhubung perkara tersebut.

Selangor beri pengecualian penuh duti hiburan bagi bayaran masuk taman tema
Kerajaan negeri juga mengurangkan kadar duti hiburan daripada 25 peratus kepada lima peratus ke atas setiap bayaran masuk ke taman tema di Selangor selama lima tahun.