SHAH ALAM: Seorang lelaki warga Nepal didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya yang mayatnya ditemukan tidak cukup sifat, Januari lepas.
Santosh Magar, 25, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam Bahasa Nepal di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mahkamah menetapkan 22 Mei ini untuk sebutan semula kes.
Mengikut pertuduhan, Santosh didakwa membunuh Raj Kar Ki, 48, di KM447 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Sungai Buloh dekat sini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Erneetha Kaur Baghwant Singh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sebelum ini media melaporkan, satu mayat tanpa kepala, tangan dan kaki ditemukan orang awam bersama sebuah beg hitam di kawasan itu.
Kepala, sepasang kaki dan tangan ditemukan di dalam beg berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 07 2023
Sebelum ini media melaporkan, satu mayat tanpa kepala, tangan dan kaki ditemukan orang awam bersama sebuah beg hitam di kawasan KM447 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Sungai Buloh. - Gambar fail
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Padam api kereta, jumpa mayat dalam beg
Beg berisi mayat yang masih belum dikenal pasti identiti ditemui di bahagian tempat duduk belakang kereta jenis Honda Civic Ferio.