awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kepelbagaian busana, budaya etnik pada sambutan Hari Kebangsaan 2024

Bernama
Bernama
27/08/2024
23:00 MYT
Kepelbagaian busana, budaya etnik pada sambutan Hari Kebangsaan 2024
Setiap tahun, penampilan peserta persembahan atau kontinjen yang menggayakan pelbagai busana tradisional pastinya menarik perhatian sewaktu sambutan Hari Kebangsaan. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Busana, budaya dan tarian tradisional pelbagai etnik di negara ini akan diperagakan Kontinjen Perpaduan Malaysia MADANI pada Sambutan Hari Kebangsaan 2024, 31 Ogos ini.
Ketua penyelaras kontinjen berkenaan Khairulizam Othman berkata busana tradisional ini digayakan 800 peserta, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung untuk menyaksikan busana itu yang lengkap dengan aksesorinya.
Lebih menarik, beliau berkata perarakan kontinjen itu juga akan mempamerkan persembahan tradisi termasuk yang semakin jarang dipertontonkan seperti persembahan jidur dan tetuang selain kompang, tarian naga dan singa, Chinggay, pergendangan Urumi dan Baghra serta Tarian Merak.
"Perarakan kontinjen kami bermula dengan pertunjukan pergendangan dan busana Melayu, diikuti dengan perarakan dan persembahan kaum Cina dan India bersama etnik di Semenanjung disusuli perarakan etnik Sabah dan Sarawak.
"Kontinjen kami juga akan memperagakan 10 ekor kuda pahlawan suku Bajau," katanya kepada Bernama selepas menyaksikan hari pertama sesi raptai Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di sini pada Selasa.
Kharulizam berkata orang ramai dialu-alukan untuk bergambar dengan peserta kontinjen di titik tamat laluan perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 iaitu di Dataran Masjid Putra.
"Jarang-jarang rakyat Malaysia dapat melihat secara langsung pakaian tradisional lengkap pelbagai etnik yang mungkin sukar ditemukan pada hari biasa. Ini boleh menjadi pengalaman istimewa kepada pengunjung.
"Lebih-lebih lagi busana dan budaya suku Orang Asli, etnik Sabah dan Sarawak, Siam serta Baba Nyonya. Ini juga boleh menjadi lambang perpaduan pelbagai kaum di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kontinjen perpaduan
#busana tradisional
#perarakan
#Hari Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan