KUALA LUMPUR: Sehingga 31 Ogos 2020, kepelbagaian gender dalam lembaga pengarah mencatatkan sedikit peningkatan, dengan 24.82 peratus wanita menganggotai lembaga pengarah dalam 100 syarikat tersenarai teratas, berbanding 23.68 peratus pada 2018.
Menurut Laporan Tahunan 2020 Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang dikeluarkan pada Khamis, data itu adalah berdasarkan 'Corporate Governance Monitor 2020' (CG Monitors 2020) yang melaporkan penerapan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG) oleh syarikat tersenarai berdasarkan penzahiran yang dibuat dalam Laporan Tadbir Urus Korporat 2019 masing-masing.
"Berdasarkan CG Monitor 2020, peratusan wanita dalam lembaga pengarah bagi semua syarikat tersenarai adalah 16.96 peratus berbanding 15.69 peratus pada 2018.
"Terdapat 682 syarikat tersenarai mempunyai sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita dalam lembaga pengarah, meningkat daripada 634 pada 2018," menurutnya.
Dalam pada itu, 772 syarikat tersenarai mempunyai kurang daripada 30 peratus wanita dalam lembaga pengarahnya, berbanding 791 syarikat tersenarai pada 2018.
Menurut laporan itu, CG Monitor 2020 turut mendapati 150 syarikat tersenarai telah mencapai sasaran untuk memiliki di antara 30 peratus dengan 50 peratus pengarah wanita, meningkat daripada 129 pada 2018.
Jumlah syarikat tersenarai yang mempunyai lebih daripada 50 peratus wanita dalam lembaga pengarah menunjukkan sedikit penurunan, daripada 16 pada 2018 kepada 15 syarikat tersenarai setakat Ogos 2020.
Bagi jumlah syarikat tersenarai yang mempunyai semua lelaki dalam lembaga pengarah pada 2020 juga berkurangan kepada 255 daripada 296 pada 2018, jelasnya.
Menurut laporan tahunan tersebut, terdapat lima syarikat dengan lembaga pengarah kesemuanya lelaki dalam 100 syarikat tersenarai teratas, iaitu Comfort Glove Bhd, Focus Dynamics Group Bhd, Frontken Corporation Bhd, Guan Chong Bhd dan Pentamaster Corporation Bhd.
Namun, setakat 31 Dis, 2020 Guan Chong Bhd telah melantik dua wanita dalam lembaga pengarahnya manakala empat syarikat lagi masih mempunyai lembaga pengarah yang kesemuanya lelaki.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 18 2021
Berdasarkan CG Monitor 2020, peratusan wanita dalam lembaga pengarah bagi semua syarikat tersenarai adalah 16.96 peratus berbanding 15.69 peratus pada 2018. - Gambar hiasan
Niaga AWANI: Lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Lembaga Pengarah UMT akan bincang cadangan penggabungan dengan UniSZA
Lembaga akan membincangkan keputusan Kabinet mengenai perkara ini dan bagaimana penggabungan itu akan dilaksanakan.
Kerajaan adalah Perdana Menteri, kata Tan Sri Ismee
Ismee hari ini bertikam lidah dengan peguam Najib, Harvinderjit Singh mengenai perkataan "kerajaan" yang mana dia bertegas menyatakan pendiriannya bahawa dalam pemikirannya, Najib adalah kerajaan.
Lembaga Pengarah SRC tidak tahu Nik Faisal ialah 'perantara' Najib, SRC
Bekas Ahli Lembaga Pengarah SRC International, Tan Sri Ismee Ismail membuat pengakuan tersebut apabila disoal balas oleh peguam pembelaan, Harvinderjit Singh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pengerusi TM diminta tangguh lantik CEO
Rosli Man didakwa enggan meneruskan pelantikan Imri Mokhtar walaupun beliau telah diluluskan oleh pemegang saham khas TM.
Pengerusi Bank Rakyat akan dilantik dalam masa terdekat
Pengerusi Lembaga Pengarah Bank Rakyat yang baharu akan dilantik dalam masa yang terdekat.
Lembaga Pengarah baharu Finas telah dilantik - Gobind
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata anggota Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) telah dilantik dan akan diperkenalkan kepada khalayak umum minggu depan.
Letak jawatan, bukan keputusan Kabinet - Guan Eng
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata perkara tersebut tidak dibincangkan di peringkat Kabinet.
Mohd Nasir dilantik pengerusi baharu Media Prima
Datuk Mohd Nasir Ahmad telah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan dan Lembaga Pengarah Media Prima Bhd (MPB) berkuat kuasa hari ini.
TH sahkan Apandi Ali letak jawatan Ahli Lembaga Pengarah
Lembaga Tabung Haji mengumumkan peletakan jawatan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarahnya pada 4 Jun lalu.
Penutupan 1MDB bersifat komersial - Reezal Merican
Apa jua keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pengarah 1MDB termasuk penutupan itu adalah berlandaskan kepada kepentingan negara dan rakyat.