BATU PAHAT:Kerajaan Negeri Johor akan memastikan keperluan mangsa banjir di semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini mencukupi sepanjang ia beroperasi.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Zaiton Ismail berkata keperluan mereka termasuklah pelitup muka dan juga cecair pembasmi kuman untuk setiap keluarga.
Katanya, selain itu pihaknya juga akan memastikan setiap PPS yang dibuka mematuhi prosedur berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan kerajaan ketika ini.
"Antara yang perlu dipatuhi adalah penjarakan fizikal seperti (jumlah penduduk bagi) setiap kelas (di sekolah) atau ruangan dibenarkan untuk satu keluarga.
"Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyediakan pelitup muka dan juga cecair pembasmi kuman untuk setiap mangsa berdaftar di PPS yang akan diberikan secara berkala dan mengikut keperluan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat 21 mangsa daripada enam keluarga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yong Peng, di sini semalam yang merupakan penduduk empat kampung di sekitar Yong Peng.
Zaiton berkata setiap keluarga akan menerima makanan yang sudah dimasak dan dibungkus sebanyak tiga kali sehari.
Katanya, kerajaan negeri juga akan terus bersiap sedia untuk berhadapan dengan pertambahan mangsa banjir kali ini memandangkan hujan masih turun dan menjejaskan tujuh daerah.
"Kita kini sedang mengemas kini data untuk mangsa banjir dan yang (berkemungkinan) akan dipindahkan ke PPS. Saya yakin setiap keperluan mangsa banjir ini mencukupi, termasuk bekalan makanan dan keperluan harian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 03 2021
Kerajaan negeri juga akan terus bersiap sedia untuk berhadapan dengan pertambahan mangsa banjir kali ini memandangkan hujan masih turun dan menjejaskan tujuh daerah. - Gambar fail
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Rutin tahunan, mangsa banjir terpaksa guna sampan tinjau rumah
Misri Salamon, 63, berkata meskipun banjir sudah memasuki hari keempat, namun air yang naik hingga paras pinggang di kawasan kediamannya di Kampung Sungai Linau masih belum surut.
Banjir di Segamat makin pulih, hanya 19 mangsa masih di PPS
Situasi banjir di Segamat, Johor kian pulih setakat tengah hari ini dengan jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 19 orang berbanding 43 orang pagi tadi.
Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah merekodkan peningkatan manakala di Pahang dan Johor mencatatkan penurunan.
Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang merekodkan peningkatan manakala Johor mencatatkan penurunan pagi ini.
Kerja pembersihan pascabanjir di Kota Tinggi capai 70 peratus
Kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula Jumaat lepas kini telah mencapai 70 peratus setakat pagi tadi.
1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang - Nadma
Seramai 1,842 mangsa masih berlindung di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang tengah hari ini berbanding 1,860 mangsa pagi tadi.
Gelombang banjir kedua Johor, mangsa banjir Mersing bertambah
Terkini, seramai 421 mangsa dari 123 keluarga ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Mersing.
Bomba terima 20 panggilan menyelamat mangsa banjir terperangkap
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi menerima lebih 20 panggilan penyelamatan dan khidmat khas sejak banjir melanda daerah ini pada Khamis lalu.
Berhati-hati lalu Jalan Felda Sungai Mas-Lok Heng
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan mematuhi papan tanda amaran ketika memandu di laluan Felda Sungai Mas menghala ke Lok Heng.
Batu Pahat daerah terbaharu dilanda banjir di Johor
Batu Pahat menjadi daerah terbaharu dinaiki air di Johor, menjadikan tujuh daerah di negeri itu kini terjejas dengan banjir.