JOHOR BAHRU: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan Isnin depan bagi keputusan perintah larangan terhadap Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Che'gu Bard, 45, berkaitan isu kasino di Forest City, Iskandar Puteri.
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abu Bakar Katar selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada Khamis.
Ia selepas Mahkamah Sesyen pada 30 April lalu menolak permohonan pendakwaan yang memohon perintah larangan dikenakan terhadap Che'gu Bard berkaitan isu kasino di Forest City.
Prosiding semakan kehakiman itu dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur, Datin Kalmizah Salleh; Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Mohd Sabri Othman dan Abdul Malik Ayob serta Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azmal dan Mohd Syafiq Mohd Ghazali.
Manakala Che'gu Bard diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali.
Sebelum itu, Kalmizah dalam hujahannya berkata, ketidakadilan serius terhasil apabila hakim Mahkamah Sesyen menolak perintah larangan berkenaan dan kesilapan itu perlu diperbetulkan.
"Kes ini membabitkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, justeru ia sebagai langkah waspada daripada responden mengeluarkan komen yang mengundang pelbagai reaksi rakyat di media sosial yang akhirnya akan mengundang kesalahan lain.
"Adalah tidak wajar Agong diheret dalam kancah kebencian dan sentimen berterusan hasil perdebatan di media sosial," katanya.
Bagaimanapun peguam Che'gu Bard, Muhammad Rafique berkata, perintah larangan berkenaan tidak wajar dibenarkan kerana artikel asal berhubung isu kasino di Forest City itu masih kekal dan tidak diturunkan dua agensi media antarabangsa.
"Pihak pendakwaan ada kuasa pada bila-bila masa untuk memulakan prosiding menghina mahkamah jika ada kesalahan dilakukan anak guam saya," katanya.
Hakim kemudian menetapkan keputusan sama ada mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen atau mengenepikannya sekali gus mengeluarkan perintah larangan, pada 20 Mei atau Isnin depan.
Pada 30 April lalu, Che'gu Bard dilaporkan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, atas pertuduhan menerbitkan penerbitan menghasut berhubung projek kasino di Forest City menerusi media sosial.
Bagaimanapun, Che'gu Bard mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim Rasidah Roslee. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 16 2024
![Keputusan Che'gu Bard kena perintah larangan pada Isnin Keputusan Che'gu Bard kena perintah larangan pada Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715840916_CheguBard.jpg)
Che'gu Bard (tengah) bersama Muhammad Rafique (kiri) keluar dari Mahkamah Tinggi Johor pada Khamis.
![198,046 kenderaan lulus subsidi diesel - KPDN 198,046 kenderaan lulus subsidi diesel - KPDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718256733_diesel.jpg)
198,046 kenderaan lulus subsidi diesel - KPDN
KPDN menerima keseluruhan Permohonan menyertai Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) daripada 40,264 syarikat.
"Saya sanggup hilang gaji berpuluh ribu, asalkan saya dan keluarga selamat" - Faisal Halim
Pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim mengakui beliau sanggup kehilangan gaji berpuluh ribu sebagai pemain bola sepak demi memastikan dirinya dan keluarga selamat.
"Sepanjang ditahan di IPD Petaling Jaya ini, saya dilayan dengan baik" - Datuk Zayn Rayyan
Jelas datuk Zayn Rayyan, sepanjang dia dan isteri ditahan di IPD Petaling Jaya, mereka berdua dilayan dengan baik, makan minum semua baik.
![Belasah teman wanita kerana keluar beli sayur Belasah teman wanita kerana keluar beli sayur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718262180_kontraktor.jpg)
Belasah teman wanita kerana keluar beli sayur
Tertuduh See Yong Fei, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Masjitret Khairunnisak Hasni.
![MAVCOM dibubar, diserap ke dalam CAAM – Loke MAVCOM dibubar, diserap ke dalam CAAM – Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718262297_AnthonyLoke.jpg)
MAVCOM dibubar, diserap ke dalam CAAM – Loke
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan dibubar dan diserap masuk ke dalam Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Datuk, nenek Zayn Rayyan dibebaskan dengan jaminan polis - Peguam
Tepat jam 2.30 petang pada Khamis, datuk dan nenek Allahyarham Zayn Rayyan telah dilepaskan atas jaminan polis, kata Peguam, Fahmi Abd Moin.
Bagaimanapun jelas peguam itu, kedua-dua mereka perlu lapor ke IPD Petaling Jaya sebanyak 11 kali dan yakin mereka akan memberi kerjasama kepada pihak polis. Siasatan kekal di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan .
Bagaimanapun jelas peguam itu, kedua-dua mereka perlu lapor ke IPD Petaling Jaya sebanyak 11 kali dan yakin mereka akan memberi kerjasama kepada pihak polis. Siasatan kekal di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan .
AWANI Ringkas: Kes Zayn Rayyan | Datuk, nenek bebas dengan jaminan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![MIER jangkakan 'pelarasan minimum' bagi subsidi RON95 MIER jangkakan 'pelarasan minimum' bagi subsidi RON95](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717993469_RON.jpg)
MIER jangkakan 'pelarasan minimum' bagi subsidi RON95
MIER menjangkakan pelarasan minimum' bagi subsidi RON95 dan pelaksanaannya pada Julai atau Oktober tahun ini selepas kesan rasionalisasi subsidi diesel dinilai.
![Ibu bapa Zayn Rayyan sedang jalani rawatan psikologi - Peguam Ibu bapa Zayn Rayyan sedang jalani rawatan psikologi - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718036372_MahmudAbdulJumaat.jpg)
Ibu bapa Zayn Rayyan sedang jalani rawatan psikologi - Peguam
Peguam Mahmud Jumaat berkata, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mendapatkan rawatan ini sejak awal lagi kes ini berlaku.
![Gaji pemain Sabah cecah RM1.7 juta sebulan Gaji pemain Sabah cecah RM1.7 juta sebulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718259821_TBSabah.jpg)
Gaji pemain Sabah cecah RM1.7 juta sebulan
Pengarah Sabah FC, Mohd Joh Wid, mendedahkan pasukan itu menanggung perbelanjaan gaji pemain secara keseluruhan mencecah RM1.7 juta sebulan.
![Keputusan Che'gu Bard kena perintah larangan pada Isnin Keputusan Che'gu Bard kena perintah larangan pada Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715840916_CheguBard.jpg)
Keputusan Che'gu Bard kena perintah larangan pada Isnin
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abu Bakar Katar selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada Khamis.
![Polis rakam kenyataan Chegu Bard dan Zahid Md Arip hari ini Polis rakam kenyataan Chegu Bard dan Zahid Md Arip hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698823555_MohdShuhailyMohdZ.jpg)
Polis rakam kenyataan Chegu Bard dan Zahid Md Arip hari ini
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam kenyataan berkata kedua-dua mereka dirakam percakapan pada 11 pagi tadi bagi membantu siasatan.
![Chegu Bard, Zahid Md Arip disiasat berhubung isu kenderaan kurniaan Agong kepada PM Chegu Bard, Zahid Md Arip disiasat berhubung isu kenderaan kurniaan Agong kepada PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690702094_BadrulHisham.jpg)
Chegu Bard, Zahid Md Arip disiasat berhubung isu kenderaan kurniaan Agong kepada PM
Siasatan itu berkaitan kereta kurniaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Ketua Polis KL sahkan terima laporan tentang Chegu Bard Ketua Polis KL sahkan terima laporan tentang Chegu Bard](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704540420_AllaudeenAbdulMaji.jpg)
Ketua Polis KL sahkan terima laporan tentang Chegu Bard
Polis berkata kes itu akan disiasat dan dikendali oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.
!['Saya jawab semua soalan dari tujuh kertas siasatan' - Chegu Bard 'Saya jawab semua soalan dari tujuh kertas siasatan' - Chegu Bard](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694739842_chegubard.jpg)
'Saya jawab semua soalan dari tujuh kertas siasatan' - Chegu Bard
Badrul Hisham Shaharin dibebaskan pada pagi Jumaat dengan jaminan polis selepas selesai memberi keterangan.
![Chegu Bard dibebaskan pagi ini Chegu Bard dibebaskan pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694739842_chegubard.jpg)
Chegu Bard dibebaskan pagi ini
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegu Bard dibebaskan jam 2.15 pagi tadi selepas diambil keterangan.
![Penahanan Chegu Bard tiada kena mengena dengan penganjuran perhimpunan - Polis Penahanan Chegu Bard tiada kena mengena dengan penganjuran perhimpunan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694702768_ShuhailyMohdZain.jpg)
Penahanan Chegu Bard tiada kena mengena dengan penganjuran perhimpunan - Polis
Menurut polis, penahanan Chegu Bard adalah berdasarkan waran tangkap yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 13 September lalu.
![Chegu Bard ditahan malam Khamis? Chegu Bard ditahan malam Khamis?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694698285_CheguBard.jpg)
Chegu Bard ditahan malam Khamis?
Sekretariat Himpunan Selamatkan Malaysia, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard ditahan polis pada Khamis.
![Dakwaan miliki rumah RM20 juta, Nurulhidayah akan buat laporan polis Dakwaan miliki rumah RM20 juta, Nurulhidayah akan buat laporan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694405284_Nurulhidayah.jpg)
Dakwaan miliki rumah RM20 juta, Nurulhidayah akan buat laporan polis
Nurulhidayah Ahmad Zahid akan membuat laporan polis terhadap terhadap Chegu Bard ataupun nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin susulan dakwaan beliau memiliki kediaman mewah berharga RM20 juta.
![Chegubard didakwa terbitkan artikel menghasut Chegubard didakwa terbitkan artikel menghasut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/61523600019_CheguBard.jpg)
Chegubard didakwa terbitkan artikel menghasut
Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard berada dalam tahanan polis selepas ditahan malam tadi.