Mahkamah Rayuan akan bersidang pada Isnin untuk mengumumkan keputusan sama ada mingguan Katolik, The Herald boleh atau tidak menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan edisi Bahasa Melayunya selepas Kementerian Dalam Negeri melarang ia berbuat demikian enam tahun lalu.
Tarikh itu ditetapkan minggu lalu selepas panel tiga hakim menangguhkan keputusannya pada 10 September setelah mendengar hujah Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia serta Ketua Biskop Roman Katolik Kuala Lumpur dalam kes berkenaan.
Tiga panel itu terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali; Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.
Tetapi biar apapun keputusan Mahkamah Rayuan, pihak-pihak yang berkenaan dalam kes itu dijangka akan mengemukakan rayuan terakhir ke Mahkamah Persekutuan.
Kes itu juga disertai oleh enam majlis agama Islam negeri iaitu Majlis Agama Islam Terengganu, Selangor, Kedah, Johor, Wilayah Persekutuan serta Melaka dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) yang diberi kebenaran oleh mahkamah untuk mencelah.
Pertikaian mengenai kalimah Allah ini bermula apabila KDN mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah sebagai syarat untuk memperbaharui permit penerbitan itu pada 2007 dengan alasan antara lain, ia akan mengelirukan umat Islam.
Dalam pada itu, pemimpin Kristian di Sabah dan Sarawak dalam kenyataan berasingan mengulangi pendirian bahawa gereja bumiputera di sana akan meneruskan amalan menggunakan kalimah Allah biar apapun keputusan mahkamah pada Isnin.
Pengerusi Persatuan Gereja Sarawak, Rev. Datuk Bolly Lapok berkata gereja di Sarawak mengharapkan kerajaan Persekutuan mematuhi Perlembagaan Persekutuan dan ikrar semasa pembentukan Malaysia yang menjamin kebebasan beragama.
Bolly menegaskan penggunaan kalimah Allah adalah sebahagian daripada amalan masyarakat Kristian Bumiputera di Sabah dan Sarawak dan sekatan ke atasnya adalah satu sekatan ke atas kebebasan beragama.
Laporan juga menyebut kenyataan dengan nada yang sama dikeluarkan oleh Majlis Gereja Sabah di Kota Kinabalu.
Dua pertiga daripada penganut Kristian di negara ini terdiri daripada masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang dianggarkan berjumlah lebih kurang 1.6 juta orang.
Kenyataan itu menyusul mesej yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) melalui khutbah Jumaat kelmarin yang menggesa umat Islam dinegara ini bersatu untuk "mempertahankan kalimah Allah daripada disalahgunakan oleh mana-mana pihak yang tidak dibenarkan oleh syarak".
"Percayalah mempertahankan kesucian Islam dengan tidak membenarkan pihak lain menghinanya adalah sesuatu yang dituntut," kata khutbah itu.
Menurut Jakim, penggunaan kalimah Allah di kalangan umat Kristian membatalkan konsep ketuhanan dalam Kristian dan akan menjadikan umat Islam keliru serta runtuh akidah.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 memutuskan The Herald boleh menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya kerana kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan tidak memberi kuasa kepada kerajaan untuk menyekat penggunaan kalimah tersebut.
Ia juga berpendapat kalimah Allah bukan milik eksklusif umat Islam dan penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan selagi ia tidak digunakan untuk berdakwah kepada umat Islam.
Keputusan itulah dirayu oleh kerajaan yang keputusannya akan diketahui pada Isnin.
Astro Awani
Sun Oct 13 2013
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
'Hentikan boikot KK Mart' - Mufti Perak
Katanya tindakan boikot itu sebenarnya bertentangan dengan sunnah Rasulallah SAW.
Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.
Polis rampas 1,145 kasut guna logo mirip kalimah Allah - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas sebanyak 1,145 pasang kasut bagi membantu siasatan berkaitan logo kasut didakwa mirip kalimah Allah.
Logo kasut mirip kalimah Allah: Lapor polis jika ada maklumat - MCMC
Beri ruang pada JAKIM dan pihak berkuasa lakukan siasatan berhubung dakwaan itu.
Vern’s minta maaf, sedia pulangkan semula wang kepada pelanggan
Verns mengatakan logo tersebut 100 peratus diilhamkan berdasarkan bayangan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi.
Kasut Vern's: Mula-mula marah, tetapi enggan bersikap semberono - Dr Akmal
Jika tiada penjelasan dalam 24 jam, Dr Akmal berkata, Verns diharap tidak menyalahkan mana-mana pihak sekiranya gerakan boikot berlaku.
#MZB365: Faham, hormat dan terima untuk hidup bersama - Pakar
Ekosistem yang telah dibina bersandarkan perpaduan harus dijaga dan kebencian tidak boleh dibiarkan terus berleluasa.
Sentuh 3R: Kerajaan tidak akan bertolak ansur - PM
Kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak tanpa mengira kedudukan atau parti politik sekiranya menyentuh sentimen isu 3R (raja, agama dan kaum).
Serangan KK Mart: Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama adakan mesyuarat tergempar
Tiga buah kedai serbaneka KK Mart dibaling 'molotov cocktail' bermula dengan serangan di KK Mart di Jalan Bruseh, Bidor dibaling bom petrol pada 25 Mac.
Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.