awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan longgarkan SOP di Sabah perlu dilihat secara positif - Bung Moktar

Astro Awani
Astro Awani
30/06/2021
04:29 MYT
Keputusan longgarkan SOP di Sabah perlu dilihat secara positif - Bung Moktar
Bung Moktar menegaskan keputusan kerajaan negeri melonggarkan SOP dibuat hasil perbincangan bersama bagi mempertingkatkan lagi ekonomi negeri Sabah. - Astro AWANI
KOTA KINABALU: Tindakan kerajaan Sabah melonggarkan sebahagian prosedur operasi standard (SOP) dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Pertama di negeri itu perlu dilihat secara positif.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, keputusan kerajaan negeri itu berlandaskan data dan fakta selain jumlah kes harian yang masih ditahap sederhana berbanding di beberapa negeri di Semenanjung.
“Selaku pemimpin di Sabah, keputusan kerajaan negeri ini adalah satu keputusan bersama setelah perbincangan dibuat dan saya berdiri teguh dibelakang keputusan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
“Namun kita juga tidak menafikan kehendak daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pusat dan sudah pasti kita semua mahu penularan wabak COVID-19 ini dapat dicegah dan ditamatkan segera,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Kementerian Kerja Raya (KKR) di sini pada Rabu.
Bung yang juga Ketua UMNO Sabah berkata, keputusan melonggarkan sebahagian SOP itu juga bagi mempertingkatkan lagi ekonomi negeri Sabah dalam pelbagai industri.
“Namun jika ada (pelonggaran) SOP yang boleh mendatangkan penularan jangkitan tinggi, sudah pasti kerajaan negeri tidak akan longgarkan.
“Apa yang penting sekarang, kerajaan perlu percepatkan vaksinasi kepada seluruh rakyat di Malaysia termasuk di Sabah,” ujarnya lagi.
BACA: Sabah benarkan dine-in di restoran dan gunting rambut mulai esok
Pada Isnin, kerajaan negeri Sabah membenarkan operasi dine-in di dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel mulai Selasa.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan itu susulan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara Fasa Pertama selain sebahagian prosedur operasi standard (SOP) Negeri Sabah PKP 3.0 dikekalkan.
Dalam kenyataan itu juga, Hajiji menambah, kerajaan negeri turut membenarkan gerai-gerai menjual sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan serta kedai gunting rambut.
BACA: SOP 'dine-in' Sabah kelirukan peniaga
Bagaimanapun, tinjauan Astro AWANI pada Selasa mendapati rata-rata peniaga di negeri itu berharap agar SOP yang jelas disediakan sebelum sebarang pengumuman dibuat bagi mengelak berlaku kekeliruan seperti sekarang.
Topic Berkaitan
#COVID-19 di Sabah
#SOP di Sabah
#PKP di Sabah
#kes harian di Sabah
#Bung Moktar Radin
#SOP MKN Sabah
#Sabah longgar SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan