Keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) bagi kebenaran untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap kerajaan negeri Sarawak, tidak menjejaskan sama sekali keupayaan syarikat minyak nasional itu untuk meneruskan tindakan undang-undang, dengan niat untuk mendapatkan kejelasan mengenai hak dan kedudukannya di bawah Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974.
Petronas dalam satu kenyataan berkata keputusan mahkamah itu adalah semata-mata berdasarkan alasan teknikal dan ia memutuskan bahawa perkara itu terletak di luar bidang kuasa Mahkamah Persekutuan.
"Mahkamah Persekutuan tidak dengan apa-apa cara menentukan atau mengesahkan merit kedudukan undang-undang yang diambil oleh kerajaan Sarawak untuk mengawal selia aktiviti huluan petroleum di bawah Ordinan Perlombongan Minyak 1958.
"Mahkamah Persekutuan juga menarik perhatian kepada konsesi oleh kerajaan Sarawak bahawa Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 telah digubal secara sah," kata kenyataan itu.
BACA: Petronas gagal peroleh kebenaran mahkamah untuk cabar kerajaan Sarawak
BACA: Selagi ada PDA 1974, Sarawak ada hak ke atas Petronas - Sharifah Hasidah
Oleh itu, ini mengukuhkan pandangan Petronas bahawa hanya Parlimen boleh menggubal undang-undang mengenai perkara-perkara berkaitan industri huluan petroleum termasuk kuasa kawalseliaan di seluruh Malaysia, baik di darat mahupun di luar pesisir mengikut PDA 1974.
Terdahulu hari ini, Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop, yang merupakan satu-satunya hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang, menolak permohonan Petronas selepas memutuskan bahawa Mahkamah Persekutuan tidak boleh mendengar perkara itu kerana relif perisytiharan yang dimohon syarikat minyak nasional tidak termaktub di bawah bidang kuasa Mahkamah Persekutuan tetapi di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 22 2018
Keputusan ini mengukuhkan pandangan Petronas bahawa hanya Parlimen boleh menggubal undang-undang mengenai perkara-perkara berkaitan industri huluan petroleum termasuk kuasa kawalseliaan di seluruh Malaysia. - Gambar hiasan
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
Suhakam bimbang tindakan polis tidak hormat hak berhimpun secara aman
Suhakam gesa PDRM menghormati dan mengiktiraf hak rakyat negara ini untuk berhimpun secara aman bagi menyuarakan pendapat dan pandangan mereka.
Indeks Pendayaupayaan: Pengguna belum benar-benar praktik hak mereka - Menteri
KPDNHEP mensasarkan Indeks Pendayaupayaan Pengguna di Malaysia dapat ditingkatkan melebihi 85% dalam masa dua tahun.
Gangguan seksual: Beranikan diri lapor jika diganggu anggota penguatkuasa
Apa hak anda sebagai orang awam sekiranya polis menghentikan kenderaan anda ketika sekatan jalan raya?
Thailand: Lese majeste bukan menyekat kebebasan bersuara
Undang-undang itu, dalam pelbagai bentuk, wujud di banyak negara termasuk Thailand bagi melindungi hak atau reputasi Raja, Permaisuri dan pewaris takhta atau pemangku raja.
Kampung penduduk Palestin di Tebing Barat dimusnah rejim Zionis
Israel merobohkan lebih 76 bangunan termasuk rumah, khemah, tempat perlindungan haiwan ternakan, tandas dan panel solar.
Slim Memilih: Lapan bulan orang Asli Kampung Changkat Ramu minum air berkeladak, kotor
Lebih memeritkan, rata-rata terpaksa mengangkut air sejauh 100 meter dari telaga yang digali sendiri oleh penduduk untuk kegunaan harian.
'Kita serahkan kepada rakyat nilai parti baharu' - Annuar Musa
Annuar menyifatkan ia adalah hak bekas pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu untuk menubuhkan sebarang parti kerana beliau kini berada dalam blok bebas.
COVID-19: Rakyat berhak ambil tindakan undang-undang
Takiyuddin berkata perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu merupakan hak kepada individu untuk menikmati kehidupan yang sihat.
Kerajaan bela nasib kaum India Muslim - Waytha Moorthy
Katanya, beliau dimaklumkan bahawa masyarakat itu bimbang bahawa hak komuniti itu dipinggirkan dan suara mereka tidak diwakili di peringkat kerajaan persekutuan.
Kabinet setuju pinda Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan - Liew
Persetujuan untuk meminda perlembagaan berkenaan telah dibuat semasa mesyuarat Kabinet Rabu lepas dan ia adalah satu langkah besar ke arah merealisasikan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.