Keputusan untuk memberikan slot penggulungan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan ditentukan pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) khas yang akan diadakan pada 9 Disember ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, secara dasarnya sudah cukup seandainya hanya Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO nanti.
"Sebarang keputusan hanya akan dibuat pada malam itu," katanya semasa sidang media sempena Perhimpunan Agung UMNO di sini hari ini.
Tengku Adnan berkata demikian ketika mengulas sama ada perhimpunan agung tahun ini akan mengekalkan tradisi memberi ruang untuk Muhyiddin selaku Timbalan Presiden menyampaikan ucapan penggulungan.
Perhimpunan Agung UMNO akan berlangsung pada 8 sehingga 12 Disember ini.
Perhimpunan kali ini akan dihadiri 5,732 perwakilan UMNO dari seluruh negara membabitkan 2,762 perwakilan persidangan agung, Wanita (993), Pemuda (992) dan Puteri (991) ahli.
Dalam pada itu Tengku Adnan turut memaklumkan seramai 1,453 petugas media daripada 60 agensi media termasuk 50 agensi tempatan akan membuat liputan pada minggu berkenaan.
Sementara itu tegasnya, pihaknya tidak terlampau risau mengenai aspek keselamatan sepanjang perhimpunan itu berlangsung kelak.
"Saya yakin dengan tahap kematangan ahli UMNO yang ketika ini mencecah 3.5 juta ahli untuk tidak menimbulkan sebarang kekacauan sepanjang persidangan berlangsung.
"Kita sudah mengadakan perbincangan dengan polis dan pengurusan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menjamin keselamatan sepanjang persidangan berlangsung.
"Saya juga yakin dengan kematangan ahli UMNO kerana parti sudah berusia melebihi 69 tahun dan insya-Allah 11 Mei tahun depan kita akan menyambung ulang tahun ke-70 parti," jelasnya.
Selain itu kata Tengku Adnan, perhimpunan tahun ini akan mengubah tradisi kebiasaan Taklimat Presiden yang diadakan pada sebelah petang kepada sebelah malam iaitu pada 8 Disember yang diadakan secara tertutup.
"Majlis perasmian pada 10 Disember pula akan disertai 22 parti politik membabitkan 15 negara, selain 79 Kelab UMNO Luar Negara dan tujuh Badan Perhubungan Negara.
"Antara program lain yang akan diadakan antaranya adalah Persidangan Kepemimpinan Mahasiswa Nasional, Simposium Keusahawan dan Pidato Piala Presiden UMNO," ujarnya.
Wan Syamsul Amly
Thu Dec 03 2015
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, secara dasarnya sudah cukup seandainya hanya Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO nanti. - Gambar fail
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Syria akan hukum pelaku kekejaman era Assad
Pemimpin utama pejuang yang menggulingkan Bashar al-Assad menegaskan bahawa semua yang terlibat dalam penyeksaan atau pembunuhan tahanan semasa pemerintahan Assad akan dihukum tanpa pengampunan.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Keputusan pecat Isham dibuat MT UMNO - Ahmad Zahid
Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh MT parti tanpa perlu melalui Jawatankuasa Disiplin.
Zuraida tandatangani dokumen iktiraf saya sebagai presiden PBM - Larry Sng
Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Datuk Larry Sng mendedahkan bekas timbalannya Datuk Zuraida Kamaruddin ada menandatangani dokumen mengiktiraf sebagai presiden parti itu.
Pengukuhan UMNO tepis persepsi parti dalam cacamarba - Ahmad Zahid
Pengukuhan UMNO yang sedang dilakukan sekarang adalah untuk menepis persepsi kononnya parti itu kini dalam keadaan cacamarba.
Semua ahli perlu akur dan patuh keputusan MKT UMNO - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua anggota parti agar sentiasa akur dan patuh dengan keputusan dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO.
Pintu PBB kini terbuka kepada belia, medan bincang aspirasi anak muda - Syed Hamzah
PBB melakar sejarah dengan kemenangan calon termuda, Syed Hamzah Datuk Wan Hamid, 37, sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu.
Belum terima cadangan tarikh PRU15 - Perdana Menteri
Sebarang perkara berkaitan Pilihan Raya Umum ke-g15 (PRU15) akan dibincangkan secara bersama di dalam parti, kata Ismail Sabri Yaakob.
Darurat diisytihar di Sudan, kerajaan dibubarkan
Ketua Majlis Tertinggi Sudan pada Isnin mengisytiharkan pelaksanaan darurat sekaligus membubarkan sistem pemerintahan negara itu.
Penangguhan pemilihan UMNO tidak sah, kata RoS
Ketua Pengarahnya Jasri Kasim menjelaskan ia disebabkan tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun 2021.
UMNO tarik diri: Perlu tindakan, fakta sokong kenyataan Ahmad Zahid - Pakar Perlembagaan
Ia (kenyataan Ahmad Zahid) masih perlu dibuktikan menerusi instrumen undang-undang sedia ada seperti akuan bersumpah.
Mesyuarat MKT UMNO: Ahmad Zahid perlu berjiwa besar, letak jawatan demi parti - Zahidi
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu berjiwa besar untuk mengundur diri selepas terpalit dengan kes mahkamah.