awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan STAM diumum 18 April ini

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
11/04/2023
05:42 MYT
Keputusan STAM diumum 18 April ini
Seramai 4,634 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM tahun 2022 di 134 buah pusat peperiksaan seluruh negara. - Fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diumumkan pada 18 April ini.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pengumuman akan dilakukan mengikut aturan biasa dan keputusan boleh diambil bermula jam 10 pagi.
"Kita akan pastikan pengumuman dibuat aturan biasa dan diumumkan pada 18 April, dan kepada anak-anak yang akan ambil keputusan STAM, kita ucapkan semoga berjaya dan mudah-mudahan keputusan ini akan memberi kejayaan dan melonjakkan lagi semangat anak-anak untuk sambung belajar," katanya kepada media selepas menghadiri Forum Integriti dan Ikrar Bebas Rasuah Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2023 di sini pada Selasa.
Bagi calon-calon persendirian, mereka boleh mendapatkan keputusan secara dalam talian iaitu di pautan www.myresultstam.moe.gov.my bermula jam 10 pagi.
Mereka juga boleh mendapatkan keputusan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STAM (Nombor Kad Pengenalan) (Angka Giliran) dan hantar ke 15888.
Sistem SMS itu akan diaktifkan bermula 10 pagi 18 April 2023 sehingga 6 petang, 25 April 2023.
Untuk rekod, seramai 4,634 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM tahun 2022 di 134 buah pusat peperiksaan seluruh negara.
STAM tahun 2022 dilaksanakan bermula pada 16 hingga 19 Januari lalu.
Topic Berkaitan
#keputusan
#STAM
#KPM
#Fadhlina Sidek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan