awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan pastikan pelaburan luar negara diluluskan segera - PM Anwar

Astro Awani
Astro Awani
10/10/2023
02:35 MYT
Kerajaan akan pastikan pelaburan luar negara diluluskan segera - PM Anwar
ANWAR: Apabila diluluskan sesuatu projek pelaburan dari luar negara, yang disebutkan 'ease of business' itu kadangkala masih ada masalah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan melakukan perubahan mendadak bagi memastikan setiap projek pelaburan dari luar negara dapat diluluskan dengan segera.
Perdana Menteri berkata, perubahan sebegitu perlu dilakukan memandangkan terdapat kebimbangan yang disuarakan berhubung projek-projek berkenaan.
“Yang Berhormat harus faham bahawa untuk pelaksanaan itu, kadangkala ada disuarakan kebimbangan. Apabila diluluskan, yang disebutkan ‘ease of business’ itu kadangkala masih ada masalah.
“Oleh itu, saya telah menetapkan supaya kita lakukan perubahan yang agak mendadak.
“Bukan saja ‘one stop centre’ di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) tetapi juga Jawatankuasa Pelaburan dan Perdagangan di bawah Menteri MITI, dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri.
“Ini akan memastikan projek itu diluluskan dengan kadar segera,” kata Anwar, yang juga Menteri Kewangan, pada sesi jawab lisan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Tan Kar Hing (PH-Gopeng) yang meminta Perdana Menteri menyatakan hasil lawatan ke luar negara termasuk hasil pelaburan, kerjasama antara negara dan tahap keyakinan pelaburan asing terhadap Malaysia.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#Dewan Rakyat
#pelaburan
#MITI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan