awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan pastikan pelaksanaan tokenisasi, aset digital bersifat inklusif - PM Anwar

Bernama
Bernama
23/07/2025
15:59 MYT
Kerajaan akan pastikan pelaksanaan tokenisasi, aset digital bersifat inklusif - PM Anwar
Anwar berkata pelaksanaan tokenisasi dan aset digital bersifat inklusif akan turut memberikan manfaat yang menyeluruh kepada rakyat serta dikawal selia secara ketat bagi menjamin keselamatan dan kestabilan ekosistem digital negara. - Gambar PMO
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus memastikan pelaksanaan tokenisasi dan aset digital bersifat inklusif.
Dalam satu hantaran di platform media sosial X malam ini, beliau berkata pelaksanaan berkenaan akan turut memberikan manfaat yang menyeluruh kepada rakyat serta dikawal selia secara ketat bagi menjamin keselamatan dan kestabilan ekosistem digital negara.
Beliau, yang juga Menteri Kewangan hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Aset Digital dan Kecerdasan Buatan Bilangan 2 Tahun 2025, yang antara lain memberi tumpuan kepada masa depan aset digital dalam pasaran modal negara.
"Antara agenda utama yang dibincangkan adalah berkaitan perkembangan teknologi blockchain, tokenisasi, kriptografi pasca kuantum dan pelancaran Malaysia Blockchain Infrastructure (MBI) yang menjadi pemacu utama ekosistem digital negara.
"Mesyuarat ini juga turut menjadi medan bertukar-tukar pandangan terkait trend pasaran global, potensi aset digital serta jangkaan prestasi masa hadapan berdasarkan perspektif teknikal daripada rakan strategik," kata beliau lagi.
Hari ini saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Aset Digital dan Kecerdasan Buatan Bilangan 2 Tahun 2025 dan ia memberi tumpuan kepada masa depan aset digital dalam pasaran modal negara. Antara agenda utama yang dibincangkan adalah berkaitan perkembangan teknologi pic.twitter.com/B3KWwrTdnr
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) July 23, 2025
Pada 6 Mei, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengeluarkan kertas perundingan bagi mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai cadangan rangka kerja untuk produk pasaran modal yang ditokenkan.
Kertas perundingan itu antara lain untuk mendapatkan maklum balas mengenai bidang-bidang utama termasuk kawalan tadbir urus, keperluan rekod dan pendaftaran, pengurusan risiko teknologi serta keperluan tambahan untuk individu berlesen yang berurusan dalam produk pasaran modal token.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#media sosial
#pasaran modal
#ekosistem digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan