MELAKA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kenaikan elaun guru-guru menjadi fokus kerajaan dalam menjaga kebajikan guru-guru.
Beliau berkata, bagaimanapun kenaikan elaun itu bukanlah pada ketika ini dan ia akan diputuskan selepas pendapatan dan hasil negara bertambah di masa akan datang.
"Dalam memberikan upah dan gaji berpatutan kepada warga pendidik, negara bagaimanapun memerlukan dana tambahan yang mencukupi.
"Antara keutamaan saya ialah menaikkan elaun guru-guru dan perkhidmatan awam. Tetapi jangan minta sekarang, beri sedikit lagi masa dan kesempatan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-52 Tahun 2023 yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di Ayer Keroh di sini, pada Selasa.
Hadir sama, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan kali ke-52 bertemakan 'Guru Insani Pemangkin Generasi Madani' turut menyampaikan dua anugerah iaitu Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2023 fan Tokoh Guru Kebangsaan 2023. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 16 2023
Anwar menyampaikan Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2023 kepada Datuk Seri Panglima Dr Nuinda Alias pada Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2023, di MITC, Ayer Keroh, hari ini. Turut kelihatan, Fadhlina (kiri). --fotoBERNAMA
Pulau Pinang anjur sambutan Hari Wesak lima hari bermula 18 Mei
Kerajaan Pulau Pinang akan menganjurkan sambutan Hari Wesak peringkat negeri selama lima hari di bangunan Persatuan Buddha Malaysia (MBA) di sini bermula 18 Mei ini.
AWANI Borneo [02/05/2024] - Tenaga boleh diperbaharui | Perhutanan, pelabuhan & SUKMA | Sambutan hangat
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 2 Mei 2024
Tenaga boleh diperbaharui, Abang Jo komited kongsi pengalaman Sarawak di pentas global
Tiga RUU akan dibentang dalam sidang DUN Sarawak
LPPB Sabah terima 50,000 permohonan rumah mesra rakyat
#AWANIBorneo 2 Mei 2024
Tenaga boleh diperbaharui, Abang Jo komited kongsi pengalaman Sarawak di pentas global
Tiga RUU akan dibentang dalam sidang DUN Sarawak
LPPB Sabah terima 50,000 permohonan rumah mesra rakyat
DUN lama Sarawak jadi pusat seni ala Royal Albert Hall London
Sarawak memperuntukan RM250 juta untuk mengubah siuai bangunan DUN lama kepada pusat seni bertaraf dunia.
Bukan FAM, Tengku Zafrul mahu beri tumpuan kepada MITI
Tengku Zafrul hanya berminat memberikan tumpuan kepada MITI selepas namanya dikaitkan dengan jawatan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Enam lelaki ditahan bersama 2kg dadah bernilai RM120,000
Enam lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun ditahan bersama dua kilogram dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Indera Sabah, Tawau pada Rabu.
Pengumuman kenaikan gaji suntik semangat, ringankan beban
Penjawat awam di sekitar Kota Kinabalu menyifatkan pengumuman kenaikan gaji oleh Perdana Menteri sebagai sesuatu yang amat dinanti-nantikan dan membantu meringankan beban kewangan mereka.
Sarawak angkat inisiatif ke pentas global
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau akan menghadiri pelbagai forum di peringkat serantau dan global, bagi memastikan mesej ini dapat dijayakan.
Tiga RUU akan dibentang di DUN Sarawak
Kerajaan negeri Sarawak akan membentangkan tiga RUU berkaitan perhutanan, pelabuhan dan SUKMA 2024 akan dibentang pada sidang DUN Sarawak pada 6 Mei depan.
Anwar adakan perjumpaan tertutup bersama MB Kelantan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud untuk berbincang mengenai pembangunan negeri Kelantan.
LPPB Sabah terima 50,000 permohonan
Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah menerima kira-kira 50 ribu permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Kerajaan bakal naikkan elaun guru - PM
Bagaimanapun kenaikan itu bukan pada ketika ini dan akan diputuskan selepas pendapatan dan hasil negara bertambah masa akan datang.
Bayaran kenaikan elaun guru KAFA diberi secara tunggakan - Jakim
Pembayaran kenaikan elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) akan dibuat secara tunggakan bermula Januari 2023 kepada semua guru KAFA di seluruh negara.