Kerajaan akan mencari jalan memperkenalkan sistem pendidikan yang menggunakan konsep tayangan oleh pakar yang dimasukkan di dalam 'disk' atau 'thumb drive'.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penuntut akan mengikuti pengajian daripada pakar-pakar berkenaan selain guru akan menjadi fasilitator dalam setiap kelas.
"Saya sedar bahawa sistem pendidikan kita di Malaysia sudah agak usang dan tidak sesuai dengan zaman komputer.
"Zaman itu kita masih bergantung harap guru dan kita dapati guru-guru bukan semua sama cekap atau sama pandai.
"Ada guru yang baik, maka untunglah penuntut, tetapi kadang-kadang ada guru kurang baik, maka rugilah penuntut," katanya semasa sesi soal jawab selepas berucap di hadapan kira-kira 300 rakyat Malaysia yang menetap di Jakarta di Kedutaan Besar Malaysia di sini dalam Sesi Khas Bersama Perdana Menteri.
Dengan cara itu jelas Dr Mahathir, setiap penuntut akan mendapat pelajaran pakar yang sama selain menerima pelajaran terbaik yang dapat diguna semua penuntut sekolah.
"Di masa sama, kita kaji sistem pendidikan di negara lain, kita dapati umpamanya di Jepun dan Jerman memang cukup berjaya.
"Mereka dapat mengeluarkan penuntut cekap yang boleh ambil bahagian dalam industri, kerana mereka terlatih dalam bidang ini," ujarnya.
Ketika ditanya tentang sistem sekolah yang menggunakan pelbagai bahasa, Dr Mahathir berkata, kemungkinan ia akan ditambah kepada sekolah untuk suku kaum di Sabah dan Sarawak.
"Sekolah pelbagai kaum, hendak dapat perpaduan sukar, jadi kita rancang hendak adakan sekolah berlainan bahasa ini di atas satu kampus, jadi ada tiga sekolah dalam satu kampus, yang guna bahasa kebangsaan, Cina, Tamil dan masing-masing.
"Tetapi dalam aktiviti lain seperti sukan, perhimpunan pagi, mereka akan berada bersama dan bahasa nasional akan digunakan.
"Inilah cara kita kerana kita tidak mampu hapuskan sekolah-sekolah tiga bahasa ini melaunkan rakyat sendiri mintak dan mereka sanggup hendak pakai satu bahasa untuk semua sekolah ini.
Tambahnya, usaha perpaduan akan menjadi lebih mudah seandainya ia menjadi kenyataan.
Astro Awani
Thu Jun 28 2018
DR MAHATHIR: Saya sedar bahawa sistem pendidikan kita di Malaysia sudah agak usang dan tidak sesuai dengan zaman komputer. - Gambar Astro AWANI
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Sindiket penipuan pekerjaan: Lebih 80 peratus mangsa berbangsa Cina
Hampir 80 peratus daripada mereka yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan adalah berbangsa Cina.
Anak angkat sejak bayi, hubungan dengan keluarga asal lain agama tetap erat
Ini adalah kali kedua dia datang ke Tanah Suci di mana sebelum ini dia dan suami menunaikan umrah.
Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng
Tiada isu menentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sebaliknya mahu Program Dwibahasa subjek Sains dan Matematik dilaksanakan tanpa syarat.
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Tahun Naga 2024: Mereka yang dilahirkan pada tahun babi paling bertuah tahun ini!
Menurut Pakar Feng Shui, Kenny Hoo, tahun naga dengan elemen kayu pada tahun ini turut membawa tuah dan peluang luar biasa khususnya bagi mereka yang dilahirkan dalam tahun babi.
Sekolah vernakular kini medium perpaduan, bukan lagi pemisahan - Menteri Perpaduan
Sekolah vernakular dilihat memberi manfaat khususnya kepada orang Melayu dan Bumiputera yang kini semakin ramai boleh berbahasa Mandarin dan Tamil.
Kalau tak cakap pasal Melayu, nak cakap pasal apa, soal Sanusi
Katanya, parti politik seperti Pas dan Bersatu adalah parti orang Melayu, maka pastinya isu sebegitu menjadi topik perbincangan.
Perpecahan undi Melayu semakin ketara - Khairy
Menurutnya, situasi itu berbeza dengan undi orang Cina yang dilihat lebih memihak kepada satu parti.
Pertama kali bawa suami rai Tahun Baharu Cina selepas 20 tahun perkenalan
Berawal dengan perkenalan pertama pada tahun 2003, Chong Li Yen tidak pernah terfikir bertemu akan jodoh dengan seorang lelaki beragama Islam.
Variasi genom Malaysia sesuai sebagai tapak ujian klinikal yang unggul - Khairy
Variasi genom Malaysia daripada populasinya yang pelbagai menawarkan tapak terbaik dan paling sesuai untuk penyelidikan ujian klinikal.