awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Libya adakan pengebumian ketua tentera, pegawai maut nahas pesawat di Turkiye
Rusia lancar serangan udara paling lama ke atas Kyiv menjelang rundingan damai Trump-Zelensky
Netanyahu bakal bertemu Trump di AS ketika rundingan gencatan senjata Gaza perlahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan bakal umum SOP bersifat menyeluruh, lebih mudah difahami - Hishammuddin

Fareez Azman
Fareez Azman
02/09/2021
08:18 MYT
Kerajaan bakal umum SOP bersifat menyeluruh, lebih mudah difahami - Hishammuddin
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, SOP itu bakal merangkumi tiga tunggak utama iaitu kesihatan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih bersifat menyeluruh, jangka masa panjang selain memudahkan rakyat faham mengenai COVID-19 yang akan memasuki fasa endemik.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, SOP itu bakal merangkumi tiga tunggak utama iaitu kesihatan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
"Perancangan kita akan boleh terus ditambah baik... saya harap SOP (yang) bakal diumumkan kerajaan lebih bersifat menyeluruh jangka masa panjang, mudah difahami dan menjamin tiga tunggak utama kesihatan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
"Antara arahan utama diberikan Perdana Menteri adalah untuk menilai dan memperkemaskan SOP yang telah diumumkan sebelum ini dari semasa ke semasa," kata beliau dalam sidang media di sini pada Khamis.
Tambah Hishammuddin, dalam masa sama orang ramai boleh memberikan maklum balas menerusi platform yang disediakan agar kerajaan dapat mendengar setiap cadangan rakyat.
Beliau berkata, tindakan itu bagi memudahkan cara penyampaian SOP dibuat serta dapat mengimbangi tiga tunggak utama terbabit.
"Kita (akan) pastikan SOP ini mengimbangi tuntutan kesihatan ekonomi dan kesejahteraan rakyat, mudah difahami oleh orang ramai, supaya tidak ada polemik dan isu yang menular sehingga perkara baik yang diterima ramai tidak dapat dilaksanakan kerana segelintir mereka tidak yakin dengan apa kita laksanakan ini.
“Apa yang kita umumkan bersandarkan 'the best practices' yang kita lihat di negara lain. Sebagai bekas Menteri Luar Negeri, saya boleh sahkan tidak ada negara di luar sana terkecuali daripada memikirkan perkara terbaik merintis ke hadapan," kata beliau lagi.
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein
#SOP
#COVID-19
#fasa endemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan