Kerajaan masih belum memuktamadkan hala tuju Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), sama ada meneruskannya atau tidak, tertakluk kepada hasil rundingan yang sedang dijalankan, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Menurutnya, kerajaan negeri Selangor menentang projek ECRL kerana rangkaian kereta api dari Gombak ke Pelabuhan Klang akan menjejaskan permohonan Tapak Warisan Dunia UNESCO.
"Sekiranya kerajaan bercadang meneruskan projek ini, kajian teliti harus dilaksanakan dari segi persetujuan kerajaan negeri Selangor, skop, spesifikasi dan kaedah pelaksanaan supaya kos keseluruhan projek dapat dikurangkan agar dapat meringankan lagi beban kewangan kerajaan.
"Sekiranya kerajaan bercadang untuk tidak meneruskannya, kemungkinan besar ia akan dirujuk kepada prosedur perundangan bagi menentukan jumlah bayaran pampasan, jika ia perlu dibayar," katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan asal Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (BN-Maran) yang ingin tahu status terkini projek berkenaan dan justifikasi peningkatan kos pembinaan daripada RM55 bilion kepada RM70 bilion.
Selepas mengambil kira kos pengambilan tanah (RM2.5 bilion), modal kerja (RM50 juta) dan lain-lain kos operasi (RM500 juta), keseluruhan kos pembangunan adalah RM69.83 bilion, menurut Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan.
Namun begitu, kos projek ECRL yang sebenar adalah sebanyak RM80.92 billion dan ini terdiri daripada kos pembangunan sebanyak RM69.83 bilion dan kos pembiayaan sebanyak RM11.09 bilion.
"Kos-kos berkaitan pembiayaan sebanyak RM11.09 bilion merangkumi bayaran faedah, kupon sukuk, yuran komitmen dan yuran pengurusan sewaktu pembinaan (kos faedah pinjaman selepas pembinaan belum diambil kira).
"Kos dinyatakan ini adalah bukan kos yang baharu kerana anggaran kos keseluruhan ini adalah daripada pentadbiran kerajaan terdahulu dan tidak pernah didedahkan kepada umum," katanya.
Sekiranya, kerajaan berhasrat meneruskan projek ECRL, ia terpaksa berhadapan dengan kos penyelengaraan sekitar RM600 juta hingga RM1 bilion setahun, tambah Lim.
Bernama
Wed Aug 15 2018
Kerajaan negeri Selangor menentang projek ECRL kerana rangkaian kereta api dari Gombak ke Pelabuhan Klang akan menjejaskan permohonan Tapak Warisan Dunia UNESCO. - Gambar fail
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Istilah "rompak" kecohkan Dewan Rakyat
Dewan Rakyat kecoh hampir sejam selepas Ahli Parlimen pembangkang mendesak Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menarik balik perkataan -"rompak"
Zaman BN pun tak ada cukai 'durian runtuh' - Lim Guan Eng
Ahli Parlimen Bagan itu berkata, keuntungan yang dicatatkan institusi berkenaan bukanlah perkara baharu, tetapi kerajaan terdahulu juga tidak pernah bercadang untuk mengenakan cukai sedemikian.
Kerajaan belum muktamadkan hala tuju projek ECRL - Lim
Kerajaan masih belum memuktamadkan hala tuju Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), sama ada meneruskannya atau tidak, tertakluk kepada hasil rundingan yang sedang dijalankan, kata Menteri Kewangan, L
Dipecat pada saat akhir, bekas ahli UMNO buat laporan polis
Mereka menimbulkan persoalan mengapa surat pemecatan tidak dikeluarkan Lembaga Displin UMNO tetapi dari UMNO negeri dan bahagian Bagan sendiri.
Dua anggota UMNO Bagan dipecat, tidak dapat bertanding hari ini
Mohamad Afendi Azni, 45, dan Shahbani Mat Diasa, 54, masing-masing bakal merebut jawatan Ketua Bahagian dan Naib Ketua UMNO Bahagian Bagan mendakwa menerima surat itu pada Jumaat.
"Saya bukan Datuk Seri, panggil 'saudara' dah cukup" - Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mahu hanya gelaran saudara sahaja dipanggil ke atas diri beliau.
Lim Guan Eng kekal pertahan kerusi Parlimen Bagan
Setiausaha Agung Dap Lim Guan Eng, hari ini mengesahkan bakal mempertahankan kerusi Parlimen Bagan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
PAU2017: Makcik kilang simpan cuti tahunan demi UMNO
Sepasang suami isteri sanggup menyimpan cuti tahunan demi menghadirkan diri ke PAU2017, ini yang dikatakan seorang perwakilan Wanita UMNO Bahagian Bagan, Rozi Ishak.