KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang untuk menambah kamera Automated Awareness Safety System (AWAS) atau yang dahulunya dikenali sebagai Automated Enforcement System (AES) mengikut keperluan dalam jangka masa panjang, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.
Hasbi memaklumkan kepada Dewan Rakyat, hal ini kerana kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati, tahap pematuhan pengguna jalan raya kepada peraturan had laju dan isyarat lalu lintas di lokasi pemasangan kamera itu, mencecah 99 peratus.
"Perkara ini berjaya meningkatkan tahap persepsi ditangkap kerana tidak mematuhi peraturan jalan raya seterusnya telah mengurangkan risiko kemalangan jalan raya di lokasi penguatkuasaan AWAS," katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Aminuddin Harun (PH-Port Dickson) tentang status terkini kamera AES dan jumlah yang masih beroperasi dan sebarang kajian terkini dilakukan berhubung keberkesanan penggunaan kamera AES.
Menurutnya pada masa ini, terdapat 45 kamera AWAS beroperasi dan daripada jumlah itu, hanya satu kamera sedang dalam proses pembaikan serta penyelenggaraan.
Pada masa yang sama, Hasbi juga menekankan penguatkuasaan kamera AWAS bukan bertujuan memerangkap pengguna jalan raya sebaliknya, langkah itu bagi memastikan semua pengguna mematuhi peraturan jalan raya terutamanya di kawasan-kawasan titik hitam yang merupakan lokasi kerap berlakunya kemalangan.
"Penggunaan kamera sebegini telah membolehkan aktiviti penguatkuasaan berlangsung 365 hari dan 24 jam sehari, serta mengurangkan kebergantungan kepada jumlah tenaga manusia (anggota penguatkuasaan) yang tinggi," katanya.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Zakri Hassan (PN-Kangar), Hasbi berkata kerajaan sedang mengkaji untuk mewujudkan laluan khas motosikal di lebuh raya di negara ini.
"Kajian memang sedang dibuat sebab kita tahu lebuh raya memang tempat kelajuan yang tinggi, jadi kita kaji di mana tempat-tempat boleh bina laluan motosikal ... bukan semua tempat di lebuh raya boleh dibina laluan motosikal, mungkin tempat tertentu sahaja," katanya.
Astro Awani
Tue Jun 06 2023
Hasbi berkata, pada masa ini, terdapat 45 kamera AWAS beroperasi dan daripada jumlah itu, hanya satu kamera sedang dalam proses pembaikan serta penyelenggaraan. - Fail/BERNAMA
Sheriff: Raih RM55 juta, cipta fenomena tersendiri!
Filem aksi terhebat karya pengarah, Syafiq Yusof, Sheriff kini sudah meraih kutipan RM55 juta!
Pemergian Mutang: Fadillah, Wan Junaidi akui hilang sahabat baik
Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal bukan sahaja satu kehilangan besar kepada negara malah kepada masyarakat Orang Ulu di Sarawak.
Persempadanan semula DUN Sarawak perlu libatkan kawasan bandar dan luar bandar - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kawasan yang terlibat wajar melibatkan penduduk pelbagai bangsa serta pembahagian kawasan bandar dan luar bandar
PRK Kuala Kubu Baharu: 55.79 peratus keluar mengundi setakat 4 petang
Peratusan keluar mengundi bagi PRK Kuala Kubu Baharu mencatatkan 55.79 peratus setakat 4 petang, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
AWANI Ringkas: Dakwaan palsu | Negara hilang pemimpin reformis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UNFF19: Malaysia nyata komitmen kekal 50 peratus liputan kawasan berhutan
Sehingga kini Malaysia mempunyai 54.58 peratus atau 18.05 juta hektar kawasan berhutan dan litupan pokok.
Patuhi adab, etika semasa ziarah di Bukit Uhud
Jemaah haji Malaysia yang menyertai ziarah luar di beberaap lokasi di Madinah sebagaimana diuruskan Lembaga Tabung Haji (TH) dinasihat mengambil ikhtibar daripada aktiviti dijalankan selain mengelak daripada melakukan perkara yang boleh menimbulkan khurafat semasa menziarah
Melaka jadi tuan rumah Malaysia Bike Week Jun depan
Program selama tiga hari bermula 14 Jun sempena Bulan Permotoran Malaysia itu dijangka mempamerkan pelbagai aset terpilih.
Polis siasat kejadian conteng tembok masjid di Kuala Kubu Baharu
Polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ahli jawatankuasa masjid berkenaan pada 9 pagi tadi.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang beri sumbangan kepada Faisal Halim
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim yang cedera disimbah asid menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Lebih 5,000 kenderaan langgar had laju pada hari pertama Ops HRA - JPJ
Sebanyak 5,021 daripada 750,903 kenderaan yang melewati kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) di lebuh raya.
Sistem AWAS masih kekal beroperasi
Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang sebelum ini dikenali sebagai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) masih beroperasi.
Empat kamera AWAS dengan had laju 70kmj di Terowong Menora
Pemasangan kamera diharap menjadi elemen pencegahan untuk sebarang ketidaktentuan pemanduan di terowong yang selama ini menjadi 'focal point' kepada orang ramai.
JPJ nafi dakwaan hanya empat kamera AWAS berfungsi
JPJ juga menyangkal dakwaan kononnya jabatan itu tiada kepakaran untuk menjalankan pengoperasian kamera AWAS.
45 kamera AWAS beroperasi sejak 1 Mac lalu
Sebanyak 45 kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) telah beroperasi sejak 1 Mac lalu, ujar Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
'Saya gagal jika kemalangan meningkat dalam tempoh 5 tahun' - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook menegaskan penambahan Sistem Penguatkuasaan Kamera (AES) atau AWAS hanya untuk mendidik dan bukan berorientasikan keuntungan kepada kerajaan.
PDRM ambil tindakan terhadap 'bikers' Singapura tutup nombor plat
Perkara itu dikatakan telah menjadi trend 'bikers' warga Singapura disyaki bagi mengelak kamera AES sepanjang Lebuh Raya PLUS.
MIROS saran lebih banyak 'roadblock' pada hujung minggu di Jambatan Pulau Pinang
Ini kerana waktu tersebut dilihat sebagai tempoh kemungkinan ramai pemandu mabuk atau mengambil bahan larangan menggunakan Jambatan Pulau Pinang.
56,680 saman AWAS dikeluarkan
Bagaimanapun, jumlah pesalah trafik yang membayar saman adalah rendah, dan sangat menyedihkan.
1,268 saman AWAS dikeluarkan dalam masa 48 jam - Anthony Loke
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan sebanyak 1,268 saman dalam masa 48 jam sejak penguatkuasaan yang baharu dilaksanakan pada 1 September lalu.