CHUKAI: Kerajaan akan memberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah perumahan yang membelenggu generasi kedua dan ketiga FELDA.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah menerima beberapa cadangan mengenai perkara itu dan ia sedang diteliti untuk tindakan selanjutnya.
"Ada orang kata apabila saya buat pengumuman, tak jalan (apa yang diumumkan). (Tetapi seperti yang) Saya umum awal-awal, noktahkan kemiskinan tegar... hari ini, daripada 130,000 keluarga (miskin tegar), tinggal hanya 11,000 hingga 12,000 yang boleh kita selesaikan sebelum akhir tahun.
"Malaysia adalah negara pertama di dunia yang selesaikan masalah miskin tegar," katanya ketika berucap pada majlis Ramah Mesra Bersama Komuniti FELDA dan Ketengah di FELDA Seberang Tayor di sini malam ini.
Beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus mengangkat martabat FELDA yang menjadi 'kubu' kuat bagi pembinaan masyarakat Melayu.
"Percayalah, bukan sahaja soal perumahan, (tetapi juga) soal digital, teknologi, ilmu, pendidikan dan untuk menaikkan mutu (FELDA).
"Dalam setahun (pentadbiran Kerajaan Perpaduan), kita lakukan sebaiknya. Percayalah, kita akan lakukan. Kita gunakan sedaya upaya kita untuk bawa perubahan ke arah kebaikan," katanya.
Anwar turut mengulangi pendirian beliau untuk tidak bertolak ansur dengan sebarang amalan salah guna kuasa dalam pentadbirannya.
"Andai kata ada yang terlanjur melakukan kesilapan dengan mengambil komisen daripada projek dan kita dapat pengesahan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, saya sudah minta mandat daripada ketua-ketua parti di dalam Kerajaan Perpaduan untuk pecat serta-merta (individu terbabit) daripada jawatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023
Kerajaan akan memberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah perumahan yang membelenggu generasi kedua dan ketiga FELDA. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, mangsa di Johor berkurang
Keadaan di Kelantan pulih sepenuhnya petang tadi manakala jumlah mangsa ditempatkan di PPS di empat negeri iaitu Johor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan tidak jauh berubah.
Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.
Suzana Idayu Wati wanita pertama dilantik Pengarah Besar Felda
Ahli Lembaga Pengarah Felda Datuk Suzana Idayu Wati Osman dilantik sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu berkuat kuasa hari ini, menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan.
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
12 cedera dua kereta bertembung di Jengka
Sebanyak 12 individu termasuk empat kanak-kanak cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Felda Jengka 4 menghala Maran hari ini.
Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda
Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kolaborasi bersama KPF Agro Properties Sdn. Bhd dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang FELDA di Malaysia
'Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar
Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - Anwar
Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta Felda, akan adakan perbincangan untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan.
Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar
Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.
RM267.76 juta untuk projek prasarana awam, rumah ibadat bukan Islam di Johor
KPKT mengumumkan peruntukan RM267.76 juta bagi 40 projek prasarana awam serta pembaikan dan penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam (RIBI) di Johor tahun ini.