awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
Olympic House dijangka siap 2028
DUNIA
Iran komitmed kekalkan hubungan mesra dengan Qatar walaupun lancar serangan
SUKAN
PM sampaikan sumbangan kepada anak Malaysia juara sukan kasut roda dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Kerajaan dicadang tangguh Ops Gasak terhadap pengusaha dobi

Bernama
Bernama
07/05/2025
22:15 MYT
Kerajaan dicadang tangguh Ops Gasak terhadap pengusaha dobi
Zarina (tengah) selepas sidang media mengenai penarikan penggunaan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi terhadap industri dobi di Kuala Lumpur semalam. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengusaha dobi pada Rabu mencadangkan kerajaan supaya menangguhkan tindakan penguatkuasaan Ops Gasak terhadap mereka berkaitan penggunaan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi.
Pengerusi Persatuan Pengusaha Dobi Melayu (Mula) Zarina Ismail berkata penangguhan pelaksanaan operasi itu perlu dilakukan sehingga sesi libat urus bersama pemain industri, khususnya persatuan dobi diadakan dan persetujuan dicapai.
"Peralihan kepada penggunaan LPG komersial yang berharga sekitar RM65 hingga RM70 bagi silinder seberat 14 kilogram adalah peningkatan lebih daripada dua setengah kali ganda berbanding kadar bersubsidi sebelum ini iaitu RM27 hingga RM30.
"Pengusaha perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berisiko gulung tikar kerana tidak mampu menampung peningkatan kos yang mendadak, selain ia juga memberi impak langsung kepada kos sara hidup pengguna akibat kenaikan kos perkhidmatan," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini.
Turut hadir Setiausaha Agung Mula Mohd Hafizul Razali serta wakil Persatuan Dobi Malaysia (MLA) dan Persatuan Pengusaha Dobi Layan Diri Malaysia (PPDLDM).
Pada 18 April lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata kementerian akan melaksanakan Ops Gasak mulai 1 Mei bagi membanteras penyelewengan subsidi gas memasak.
Armizan berkata ketirisan subsidi gas memasak perlu ditangani segera kerana ia melibatkan implikasi kewangan yang tinggi kepada kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ops Gasak
#pengusaha dobi
#libat urus
#LPG bersubsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami