awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan digesa lanjutkan moratorium kepada PKS, pengguna

Astro Awani
Astro Awani
02/11/2020
08:54 MYT
Kerajaan digesa lanjutkan moratorium kepada PKS, pengguna
Azharee Wahid berkata, meskipun lanjutan moratorium bukan penyelesaian terbaik, namun tindakan itu dapat membantu kesinambungan industri itu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Kerajaan digesa untuk melanjutkan moratorium dan bantuan bank kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sekurang-kurangnya sehingga pertengahan tahun depan untuk memastikan kelangsungan industri itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro (AUM), Azharee Wahid berkata, tindakan itu penting bagi membantu PKS untuk menyusun semula aliran tunai supaya mengelakkan mereka diisytihar muflis.
Katanya, meskipun itu bukan penyelesaian terbaik namun sekurang-kurangnya dapat membantu kesinambungan industri itu untuk kekal dari tahun ini sehingga ke tahun hadapan.
"Moratorium buat ketika ini sangat penting untuk mengelakkan syarikat-syarikat PKS daripada muflis.
"Kalau muflis tentunya mereka tidak dapat meneruskan perniagaan apatah lagi mengambil pekerjaan," katanya ketika ditemubual oleh Astro AWANI di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Azharee berkata, bantuan sama juga perlu diluaskan kepada pengguna bagi membolehkan wang yang dijimatkan daripada bebanan untuk membayar pinjaman itu dapat dibelanjakan supaya berlaku kerancakan ekonomi.
Dalam pada itu, beliau menjangkakan pertumbuhan ekonomi PKS memerlukan sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun depan untuk bercambah dengan lebih baik.
"Jadi saya berharap kerajaan dapat mencari jalan terbaik untuk memberi lanjutan moritorium," jelas beliau lagi.
Topic Berkaitan
#kelangsungan hidup
#krisis ekonomi
#COVID-19
#PKS
#terjejas teruk
#Moratorium
#bantuan kewangan
#Bank Negara Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan